16 August, 2016

Antara tips untuk pelajar kekal bermotivasi ialah melakukan dokumentasi sepanjang pembelajarannya. Ketika saya mengikuti pengajian di peringkat pra-siswazah dan sarjana, saya banyak berkongsi kisah suka duka saya di kampus menerusi blogspot. Namun, ketika saya beralih pengajian ke peringkat doktor falsafah, facebook mengambil alih populariti blog sehingga saya lebih selesa berkongsi kisah kampus di situ.
Tetapi, komuniti facebook saya begitu luas sehingga saya merasakan perjalanan PhD saya perlu sedikit ruang peribadi. Justeru, saya mengambil keputusan berkongsi gambar-gambar beserta keterangan ringkas menerusi tumblr. Masalah lain pula timbul kerana saya tidak dapat mengurus akaun yang banyak dalam satu masa. Saya pun mengambil langkah mencipta hashtag ‪#‎ussphd‬ di instagram di mana semua gambar dengan hashtag tersebut akan langsung dimuatnaikkan di tumblr saya bertajuk ussphdjourney.
Saya menggalakkan semua pelajar untuk melakukan dokumentasi seperti ini. Inilah masanya anda menggunakan 'telefon bijak' anda dengan bijak. Benar, kadang-kadang kelihatannya seperti tidak serius lantaran setiap hari merekodkan aktiviti belajar di media sosial. Tetapi, percayalah anda akan melihat manfaatnya di kemudian hari.
Jika untuk diri saya, saya dapat memantau kemajuan diri dan corak pemikiran saya menerusi perkongsian di laman sosial. Ia juga menjadi ruang motivasi diri yang tidak dapat diperoleh dari orang lain.
Oleh itu, mulakanlah hari ini.

Wasat Online pada edisi No.10 telah memuatkan artikel saya bertajuk: Wasatiyyah dalam pengajian Islam Bersanad.

Jemput baca di pautan ini bagi mereka yang berminat.

Semoga bermanfaat.