31 May, 2011

Bila airmata kita mengalir dek banyaknya desakan dan asakan
kita hanya membiarkan ia mengalir deras
tiada daya untuk menyapu air mata itu dengan jari jemari kita
apatah lagi menahan ia dari mengalir di pipi kita
sempit dada kita menahan sedu dan sedan
pada waktu itu kita memang mengharapkan
ada insan yang datang kepada kita
walau tanpa apa jua bicara
cukuplah sekadar berada di sisi kita
memberikan kekuatan dan sokongan
tapi selalunya kita hanya SENDIRIAN dalam keadaan itu.



Sunyi dan sepi mampu membunuh kita
kespian mengheret kita ke dunia kita sendiri
kesunyian menjadikan kita tidak terarah
kita hilang kawalan dan kita hilang jua penumpuan
kerana SUNYI.

Insan-insan yang tidak memahami akan memadangkan kita dengan jengkel
melihat kita sebagai manusia cengeng yang tiada tujuan
pedulikan anggapan itu
pedulikan apa jua pandangan mereka
kerana mereka hanya mampu berkata belakang kita
tanpa seorang pun yang sudi duduk bersama kita
untuk berkongsi air mata.

Apa yang kita rasakan sudah cukup berat
terbuku di kalbu
kita hanya mampu membisu
bagi kita itu lebih indah
dari berbicara dengan insah yang tidak endah
dari meluah rasa pada insan yang tidak kisah.

Apa yang kita rasai
Apa yang kita alami
tiada seindah kata untuk digambarkan
tiada secantik bahasa untuk diluahkan
ia hanya bermain di jiwa kita
Akhirnya, kita hanya mampu sujud dengan airmata
lalu memohon:
"Ya hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghith..."


Dari Anas r.a dia berkata bahawa Nabi s.a.w apabila mengalami suatu kesulitan, baginda mengucapkan doa berikut:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Maksudnya: “Wahai yang maha hidup, Wahai yang maha berdiri, aku memohon pertolongan dengan rahmat-Mu” (H.R al-Tirmizi dalam kitab sunannya. Dihukum Hasan di dalam kitab Sahih al-Tirmizi, No.3524)

29 May, 2011

Kuabadikan Bicara



BICARA 1


Ada antara guru kita yang meninggi diri dengan kita. Senyumlah walau terasa. Doakan untuknya kerana dia pernah memberi ilmu pada kita. [Pengajaran untuk para USTAZAH: Usah meremehkan pelajar anda (samada dari sudut kefahamannya atau pandangannya) walau dia merupakan pelajar yang kurang bijak di mata anda].
00:13 28 May 2011 (3 comments · 12 likes)

BICARA 2


Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu tidak berhak untuk menjadi seorang Muslimah yang baik, disayangi dan dihormati. Berusaha mendidik diri menjadi Muslimah yang baik perlu diteruskan tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu. Tinggalkan masa lalu yang perit itu. Jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yang berpanjangan.
00:34 on 24 May 2011 (4 comments · 28 likes)


BICARA 4

SATU AMANAH DAN TANGUNGGJAWAB ITU BOLEH MENJADI BEGITU INDAH BILA ANDA MELAKSANAKANNYA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN KECINTAAN =)
00:00 on 23 May 2011 (4 comments · 16 likes)

BICARA 5


"Kadang-kadang dalam dunia dakwah ini, kita sentiasa jadi macam pohon yang berbuah. Walau dilempar dengan batu tajam menyakitkan, kita masih mampu menghadiahkan buah ranum melazatkan" Terima Kasih ustaz Mahyudin Sabri Bin Zainal atas kata-kata pembangkit semangat itu. Jazakallahu khairaa..
01:21 on 19 May 2011 (4 comments · 22 likes)

BICARA 6


Mungkinkah aku TERLALU rindu..aku rindu pada pejuang kebenaran. Aku rindu pada akhawat yang takutkan Tuhan. Aku rindu pada muslimah yang berbicara dengan iman. Aku rindu pada muslimah yang menjaga kehormatan dirinya. Aku rindu pada wanita yang jiwanya dahaga untuk mendengar ilmu dan nasihat.
00:41 on 13 May 2011 (2 comments · 24 likes)

BICARA 7


Seorang pelajar saya pernah meluahkan ttg rasa resah dan bersalah pada 'Ikhtilat' (pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan) yang banyak berlaku di dalam organisasi pemuda/pemudi Islam dewasa ini. Perkara itu amat membimbangkan. Seharusnya aktiviti berkumpulan perlu diasingkan. Agar mata lebih terjaga, agar batas pergaulan itu lebih terkawal & agar hati itu lebih ter'TARBIYAH'.
20:33 on 07 May 2011 (1 comment · 10 likes)



BICARA 8

Bila ramainya wanita keluar bekerja, ia menyumbang kepada masalah keretakan rumahtangga yang sukar dibendung. Lelaki mula cair dengan kecantikan yangg ditontonnya secara live 8 Jam sehari dan wanita pula semakin tertarik melihat ketampanan dan ke'gentleman'an lelaki lain. Akhirnya, tumbanglah institusi rumahtangga akibat terjatuh hatinya pasangan dengan teman di tempat kerja. Sungguh, wanita itu memang indah tempatnya di rumah.
20:25 on 06 May 2011 (6 comments · 25 likes)

BICARA 9


Walau kehadiran saya dalam hidup kamu itu hanya seketika cuma, moga ia adalah sesuatu yang amat bermakna dan berharga. Memang saya begitu, seringkali datang dan pergi dalam kehidupan orang-orang yang mengenali saya. Saya tahu ia amat menyakitkan.... perpisahan itu perlu bagi mencetus RINDU.
00:55 on 03 May 2011 (19 likes)

BICARA 10


Kita selalu lihat betapa cantiknya kasut yang dipakai oleh orang itu, tetapi kita tak rasa betapa sakitnya dia menahan melecet di kakinya. Begitulah...Kadang-kadang hidup seseorang itu tidak semudah dan seindah yang kita sangkakan atau yang kita lihat, maka berhati-hati lah dalam menasihati seseorang. Jangan sampai dia terluka, hanya kerana 'nasihat' yang kita anggap kerana 'prihatin'.
14:58 on 04 April 2011 (2 comments · 21 likes)

02 May, 2011

Kadangkala hidup ini seringkali terasa pahit
lantaran kita berasa kerdil di sisi manusia-manusia hebat.
Tapi sebenarnya kita lupa bahawa kita juga manusia seperti mereka.
Kita lupa kita mampu menjadi hebat.

Kerana KITA MANUSIA!



Berjuang untuk menjadi yang terbaik adalah hak kita.

Selagi mana kita tidak lupa, hidup dan mati kerana Allah, selagi itu kita manusia HEBAT!

Inginkan SEMANGAT?

Ketahuilah, Semangat itu datang dalam diri yang hatinya memburu redha Tuhan =)

Salam perjuangan untuk mu.

Moga terus teguh berteman hati yang kukuh.