26 February, 2011

Bismillah Alhamdulillah wassalatu wassalamu 'ala Rasulillah

Tidak sampai sebulan saya mengajar mereka, tapi sudah diberikan kata-kata penghargaan kepada saya. Kadang terasa masih terlalu awal sebenarnya untuk mereka menilai saya.

Memuatkan kata-kata penghargaan mereka di sini bukanlah bertujuan untuk mendabik dada bahawa sayalah yang terbaik. Tapi ia adalah sebagai TANDA PENGHARGAAN saya juga kepada mereka yang sudi menerima saya sebagai seorang pendidik. Maka atas dasar itu, saya suka untuk mengabadikan kata-kata seorang pelajar saya yang juga mewakili rakan-rakannya di blog ini.

Kepada mereka saya berpesan:

"Jangan terlalu mengangkat saya begitu tinggi. SAYA TAK ADA APA-APA hanya seorang THOLIB AL-ILM yang sentiasa rindu dengan Ilmu"

Terima Kasih kepada Nur Hidayah Roslee dan pelajar-pelajar K10 yang lainnya.

Mengenali K10 adalah pengalaman saya yang PALING MANIS di Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri.


*****************************************************


Penghargaan Buat Ustazah Sakinah Binte Saptu


Semoga Allah beri segala kekuatan dan kesabaran pada Ustazah Sakinah Binte Saptu untuk terus mendidik kita. Dan pendidikan itu bukan sahaja dalam kelas tapi segala teguran, nasihat, semangat dan dorongan dari ustazah itu merupakan pendidikan agar dapat kita semua menjadi insan yang lebih baik, muslimin yang berkualiti dan sentiasa bertakwa kepada Allah.

Alhamdulillah cara ustazah mengajar sentiasa beri kita semangat walaupun nampak macam berat tapi ianya insya Allah akan membuahkan hasil yang sangat manis dan sangat memuaskan. Membuat kita semua lebih matang dan berdikari. Mengenal erti kesusahan sebelum menggapai kesenangan. Menjamah kepahitan sebelum menikmati kemanisan.

Kerana "Syurga itu bukan tempat untuk calang-calang orang. Kita harus sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk masuk ke syurga. Kerana syurga itu bukan tempat untuk mereka yang dapat C dan bukan mereka yang dapat F. Tapi mereka yang berusaha untuk dapat A seperti para Anbiya' dan sahabah".

Ustazah lah menjadi salah satu sebab yang membuatkan saya tidak menyesal belajar di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Sekiranya ustazah ditakdirkan untuk meninggalkan Al-Zuhri demi kebaikan ustazah, semoga tidaklah ustazah pergi dengan membawa pengalaman pahit dan hati yang kecewa. Jazakillah khairan jaza'. Tahniah ustazah Sakinah kerana telah menjadi contoh yang sangat baik buat kita semua. Anak-anak didik ustazah dari K10 sangat menghargai usaha Ustazah. Barakallahufiki. <3

NUR HIDAYAH ROSLEE

****************************************************

Ada airmata tatkala usai membacanya....


0 Comments:

Post a Comment