20 February, 2010

Bismillah

Pertama dan utama, maafkan saya di atas kesenyapan yang disengajakan. Bukan niat saya untuk memencilkan diri. Bukan juga niat saya untuk berhenti berbicara di blog ini (walau sebenarnya ada berfikiran begitu)

Saya buntu.

Saya memikirkan banyak perkara.

Saya tidak mempunyai kestabilan emosi.

Ditambah dengan kesihatan yang tidak memberangsangkan. Lemahnya saya pada waktu ini.

Untuk pengetahuan, sudah dua minggu saya pulang ke Kota Singa sebenarnya.

Tetapi saya hanya menyepi.

Tidak mengkhabarkannya pada sesiapa tentang kepulangan saya. Maafkan saya.

*******************************

Saya selalu berpesan pada diri. Usah memandang rendah pada orang yang tidak 'Salafi'.

Usah dengan mudah mencela dan memandang sebelah mata pada orang lain atas dasar dia bukan berjalan atas manhaj sunnah.

Dalam banyak keadaan, muda-mudi yang bermanhaj Salafi - kurang adab dan kelembutan dalam menegakkan sunnah. Sedangkan Nabi tidak begitu. (Maafkan saya jika ada yang kurang senang dengan kata-kata saya)

Menghormati orang lain amat perlu. TERAMAT PERLU!

********************************

AIRMATA ITU HIASAN HIDUP - tanpa airmata hidup tidak indah.


********************************

Sekian dahulu dari saya.

Moga bertemu di lain penulisan.

Wassalam.

0 Comments:

Post a Comment