08 April, 2008

Salam kasih untuk semua yang tidak jemu-jemu mengunjungi ke blog saya. Hari ini dengan sebaris senyuman di bibir saya, saya ingin memberitahu bahawa saya gagal ujian memandu (jalan raya) untuk kali ketiga!(Pelik dah tak lulus pun nak senyum-senyum lagi..hehe)

Adui...entah apa hal dengan saya ni, kan?

Saya tidak menyalahkan diri saya.. saya tidak menyalahkan sesiapa.
Ujian yang pertama memang silap saya, ujian kali yang kedua sukar untuk saya cerita, ujian kali ketiga pula...malas saya nak cerita.hehe

Memang saya menangis setelah gagal ujian pagi tadi. Kegagalan saya pada ujian pertama dan kedua, masih mampu untuk saya mengawal kolam air mata tetapi gagal pada kali ketiga tadi, saya tidak dapat menahan sebak. Saya terlalu tertekan untuk mendapatkan lesen sebenarnya.

Kalau saya nak cerita dari awal...ish..saya kira inilah cerita yang paling panjang yang akan saya tulis. Tapi pada hari ini saya tidak mahu mengimbas sejarah awal saya memegang stereng kereta...

Saya hendak bercerita tentang perkara lain.

Saya sudah habis usaha, banyak masa saya terkorban, banyak perasaan saya terpendam, dan banyak perkara yang saya tidak redha berlaku di hadapan mata saya kerana untuk mendapatkan lesen memandu!(siapa yang belajar di akademi memandu yang sama dengan saya tentu sahaja faham maksud saya)

Pagi tadi,Saya tidak tahu...samada perlu meneruskan perjuangan untuk mendapatkan lesen memandu atau tangguh atau berhenti terus. Banyak perkara yang saya pertimbangkan. Setelah puas berfikir saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ujian ulangan untuk kali keempat.

Saya bukan berputus asa...

Ramai kawan-kawan kata : "sayang kak..sayang. Duit habis macam tu jelah"

Nak buat macam mana, kalau duit saya boleh dikembalikan lagi bagus.Tapi malangnya, mana mungkin duit saya dikembalikan,kan?.Itu tidak mungkin terjadi.

Yang penting saya belajar banyak perkara daripada pengalaman ini. Walau saya tidak lulus dan tidak mahu meneruskan ujian ulangan, saya sudah boleh memandu sebenarnya. Daripada saya tidak tahu langsung tentang ilmu memandu kereta, kini saya sudah mengetahuinya. Insya Allah, ada rezeki saya akan mengambil lesen memandu di Singapura. Itu juga yang mak saya kata dan itu juga yang suami saya beritahu tatkala saya mengkhabarkan kepada mereka melalui sms tentang kegagalan saya. Yang lucunya mak saya boleh kata:

"Alamak..kau ni..asyik tak pas je. Tulah ingat arab je. Dah lah amik kat Singapore sudah" heheh.Mak..mak tahu sahaja apa yang saya sedang sibuk fikirkan. Kasyaf jugak mak saya ni..hehe.

Cuma satu perkara yang amat saya syukuri, saya dipertemukan dengan seorang instructor perempuan yang garang dan baik hati. Semalam semasa sedang berlatih memandu,beliau katakan kepada saya:

"Dalam banyak-banyak calon yang belajar dengan akak. Akan tak akan lupakan kamu. Kamu lah calon pertama yang berani tegur akak supaya pakai tudung. Berani betul kamu. Akak kata dengan instructor lain, kamu berani dan kuat semangat. baguslah, kamu menjalankan tanggungjawab kamu sebagai seorang muslim", kata kakak itu dengan penuh bersemangat dan gayanya yang 'rock' sikit.heheh.

Benar, masa mula-mula saya belajar dengan beliau, beliau tidak bertudung. Saya cuma kata begini kepadanya: "Saya doakan akak tabah menghadapi hidup. Bila Allah beri ujian tandanya Allah sayang kita,kak. Pakailah tudung,kak. Saya doakan untuk akak"

Alhamdulillah, kini beliau sudah bertudung. Segala puji saya panjatkan kepada Allah, walau untuk mendapatkan lesen memandu terlalu menguji kesabaran dan ketabahan sehingalah saya gagal, tetapi saya tidak pernah merasakan saya gagal. Sekurang-kurangnya dalam fatrah saya belajar memandu itu, saya diberi peluang oleh Allah untuk memandu hati seorang wanita agar kembali ke jalan Nya.

Saya menangis kini, bukan kerana gagal di dalam ujian memandu, tetapi saya menangis kerana terharu dan bersyukur saya diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk memandu hati seorang wanita kembali kepada fitrah.

Sebentar tadi saya menghantar sebuah sms kepadanya:

"Kak, TERIMA KASIH. Saya nak beritahu, AKAK BERJAYA MENGAJAR SAYA.Biar orang lain tidak tahu tp Allah tahu.Saya tidak pernah rasa saya gagal, tp Allah jua yg sdh takdirkan bhw bkn rezeki saya.Saya xsalahkan akak, diri saya atau takdir. Allah tahu apa yg terbaik utk saya.Saya yakin Allah xpernah kecewakan saya.Allah ada b'sama saya dan melihat stp p'buatan saya.Allah nak p'temukan saya dengan akak,sbb itu Allah takdirkan saya belajar kereta. Aturan Allah cukup indah kan, kak? ;)"

Ya, aturan Allah cukup indah. Subhanallah....

0 Comments:

Post a Comment