27 April, 2008

Saya dibelenggu kesibukan yang amat sangat.
mmmm...sedang dalam fatrah meng'edit' tesis. Sepanjang masa di hadapan komputer...
Aduiiiiiiii...mata saya dah bengkak ni...heheh

Tak boleh..tak boleh...kena habiskan jugak sebelum 9 Mei!

Kalau saya tertekan, tentu adik-adik saya lagilahhhhhhh tertekan.Heheh.
Oklah..dalam keadaan yang seperti ini, saya sememangnya tidak ada idea untuk menyusun kata ...

Kepada Adik-adik saya: Syuhada, Basirah, Haslinda, Sa'adah, Nabilah, Faridah Hanim, Suzana dan yang lain-lain (kalau saya nak sebut satu-satu..sampai esok pun tak habis...heheh) ok...kita boleh buat yang terbaik. Berusaha dan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik. Tidak ada siapa yang dapat membantu kita, melainkan kita sendiri yang berusaha. Ok...tidak ada masa untuk bersembang..tidak ada masa untuk fikirkan yang lain. FOKUS...FOKUS!!!.

Inilah keadaan bilik saya. Tak terurus....hehheh

18 April, 2008

Minggu peperiksaan akan melanda UKM bermula 21 April ini.

Saya mengerti...pelajar-pelajar hadith tahun tiga, kebanyakannya dalam kekalutan dan keresahan..
Maklumlah..banyak kerja yang perlu diselesaikan. Ditambah lagi dengan projek ilmiah(tesis) yang entah bila akan selesai. Yang pastinya 26 Mei adalah tarikh akhir penghantaran projek ilmiah untuk Siswa/wi Ijazah Sarjanamuda Fakulti Pengajian Islam 2007/2008.

Saya sendiri...masih dalam kepeningan
persediaan untuk peperiksaan masih lagi tergendala...
Apapun..buat masa ini kemungkinan saya terpaksa berhenti menulis untuk blog.

Untuk adik-adik saya yang sama-sama akan menduduki peperiksaan: saya doakan kejayaan untuk semua. Selagi ada masa dan tenaga selagi itu kita perlu berusaha.

Kita jumpa di dewan peperiksaan pada hari Isnin, Rabu dan 5 mei nanti. Bit taufiq Wan Najah :)

Sekian,Salam kasih dari saya di makmal komputer Fakulti Pengajian Islam,UKM.(Sedang menanti ketibaan ustaz Azwira (penyelia projek ilmiah)...saya stress ...heheh)

08 April, 2008

Salam kasih untuk semua yang tidak jemu-jemu mengunjungi ke blog saya. Hari ini dengan sebaris senyuman di bibir saya, saya ingin memberitahu bahawa saya gagal ujian memandu (jalan raya) untuk kali ketiga!(Pelik dah tak lulus pun nak senyum-senyum lagi..hehe)

Adui...entah apa hal dengan saya ni, kan?

Saya tidak menyalahkan diri saya.. saya tidak menyalahkan sesiapa.
Ujian yang pertama memang silap saya, ujian kali yang kedua sukar untuk saya cerita, ujian kali ketiga pula...malas saya nak cerita.hehe

Memang saya menangis setelah gagal ujian pagi tadi. Kegagalan saya pada ujian pertama dan kedua, masih mampu untuk saya mengawal kolam air mata tetapi gagal pada kali ketiga tadi, saya tidak dapat menahan sebak. Saya terlalu tertekan untuk mendapatkan lesen sebenarnya.

Kalau saya nak cerita dari awal...ish..saya kira inilah cerita yang paling panjang yang akan saya tulis. Tapi pada hari ini saya tidak mahu mengimbas sejarah awal saya memegang stereng kereta...

Saya hendak bercerita tentang perkara lain.

Saya sudah habis usaha, banyak masa saya terkorban, banyak perasaan saya terpendam, dan banyak perkara yang saya tidak redha berlaku di hadapan mata saya kerana untuk mendapatkan lesen memandu!(siapa yang belajar di akademi memandu yang sama dengan saya tentu sahaja faham maksud saya)

Pagi tadi,Saya tidak tahu...samada perlu meneruskan perjuangan untuk mendapatkan lesen memandu atau tangguh atau berhenti terus. Banyak perkara yang saya pertimbangkan. Setelah puas berfikir saya mengambil keputusan untuk tidak mengambil ujian ulangan untuk kali keempat.

Saya bukan berputus asa...

Ramai kawan-kawan kata : "sayang kak..sayang. Duit habis macam tu jelah"

Nak buat macam mana, kalau duit saya boleh dikembalikan lagi bagus.Tapi malangnya, mana mungkin duit saya dikembalikan,kan?.Itu tidak mungkin terjadi.

Yang penting saya belajar banyak perkara daripada pengalaman ini. Walau saya tidak lulus dan tidak mahu meneruskan ujian ulangan, saya sudah boleh memandu sebenarnya. Daripada saya tidak tahu langsung tentang ilmu memandu kereta, kini saya sudah mengetahuinya. Insya Allah, ada rezeki saya akan mengambil lesen memandu di Singapura. Itu juga yang mak saya kata dan itu juga yang suami saya beritahu tatkala saya mengkhabarkan kepada mereka melalui sms tentang kegagalan saya. Yang lucunya mak saya boleh kata:

"Alamak..kau ni..asyik tak pas je. Tulah ingat arab je. Dah lah amik kat Singapore sudah" heheh.Mak..mak tahu sahaja apa yang saya sedang sibuk fikirkan. Kasyaf jugak mak saya ni..hehe.

Cuma satu perkara yang amat saya syukuri, saya dipertemukan dengan seorang instructor perempuan yang garang dan baik hati. Semalam semasa sedang berlatih memandu,beliau katakan kepada saya:

"Dalam banyak-banyak calon yang belajar dengan akak. Akan tak akan lupakan kamu. Kamu lah calon pertama yang berani tegur akak supaya pakai tudung. Berani betul kamu. Akak kata dengan instructor lain, kamu berani dan kuat semangat. baguslah, kamu menjalankan tanggungjawab kamu sebagai seorang muslim", kata kakak itu dengan penuh bersemangat dan gayanya yang 'rock' sikit.heheh.

Benar, masa mula-mula saya belajar dengan beliau, beliau tidak bertudung. Saya cuma kata begini kepadanya: "Saya doakan akak tabah menghadapi hidup. Bila Allah beri ujian tandanya Allah sayang kita,kak. Pakailah tudung,kak. Saya doakan untuk akak"

Alhamdulillah, kini beliau sudah bertudung. Segala puji saya panjatkan kepada Allah, walau untuk mendapatkan lesen memandu terlalu menguji kesabaran dan ketabahan sehingalah saya gagal, tetapi saya tidak pernah merasakan saya gagal. Sekurang-kurangnya dalam fatrah saya belajar memandu itu, saya diberi peluang oleh Allah untuk memandu hati seorang wanita agar kembali ke jalan Nya.

Saya menangis kini, bukan kerana gagal di dalam ujian memandu, tetapi saya menangis kerana terharu dan bersyukur saya diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk memandu hati seorang wanita kembali kepada fitrah.

Sebentar tadi saya menghantar sebuah sms kepadanya:

"Kak, TERIMA KASIH. Saya nak beritahu, AKAK BERJAYA MENGAJAR SAYA.Biar orang lain tidak tahu tp Allah tahu.Saya tidak pernah rasa saya gagal, tp Allah jua yg sdh takdirkan bhw bkn rezeki saya.Saya xsalahkan akak, diri saya atau takdir. Allah tahu apa yg terbaik utk saya.Saya yakin Allah xpernah kecewakan saya.Allah ada b'sama saya dan melihat stp p'buatan saya.Allah nak p'temukan saya dengan akak,sbb itu Allah takdirkan saya belajar kereta. Aturan Allah cukup indah kan, kak? ;)"

Ya, aturan Allah cukup indah. Subhanallah....

07 April, 2008

“Engkau btul ke tak?dah habis belajar tu sudahlah. Jaga laki pula.kalau engkau tak ada laki lainlah. Engkau pun dah banyak ilmu sudah lah. Belajar masak pula belajar buat kueh. Jaga makan minum laki pula”

Sender:
Hp Mak
+658104****

Itulah respon yang emak berikan apabila saya memberitahunya niat saya setelah menamatkan pengajian Ijazah sarjanamuda saya pada bulan Mei ini. Saya membaca sms itu dengan deraian air mata. Jiwa saya resah saat ini. Antara harapan dan impian. Antara cita-cita dan perasaan! Saya sedang berbelah-bahagi!

“Kalau Inah betul-betul nak pergi. Inah kena belajar betul-betul tau!jgn kecewakan Ajid”

Tiba-tiba pesanan itu terngiang-ngiang di telinga saya. Ya Allah, suami saya memberikan semangat kepada saya. Suami saya benar-benar memberikan keizinannya kepada saya. Dialah yang lebih bersungguh-sungguh dari saya sebenarnya.

“Kalau Inah mati ,Ajid redha”

Kata-kata itu pula yang kedengaran di telinga saya. Ah…..pilunya hati saya. Hati seorang isteri yang saya miliki ini benar-benar tersentuh. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan…melainkan doa untuknya beriringan dengan deraian air mata yang kini semakin hari semakin deras!

Sudah terlalu lama saya menahan sedu-sedan ini. Tetapi sejak 4 hari yang lalu, sedu sedan ini tidak segan silu untuk mengalunkan iramanya. Sedang saya usai solat, sedang saya menaip tesis, sedang saya meneliti buku-buku rujukan, sedang saya mengatur jadual harian, sehinggalah saya ingin melelapkan mata untuk melepaskan keletihan… tidak ada lain yang menemani melainkan sedu-sedan. Saya benar-benar menangis! Sehinggakan apabila saya tidak mampu menahan, saya menangis sambil memeluk erat gambar suami saya! Saya dakap gambarnya dengan tangisan yang bukan sebarangan. Lalu saya melantunkan istighfar dan melafazkan takbir dengan esakan penuh kesayuan. Di dalam tangisan itu ada rindu, di dalam tangisan itu ada pilu, di dalam tangisan itu ada seribu rahsia yang terpendam di kalbu. Semuanya hanya Allah yang tahu!

Saat ini,
saya tidak mempunyai kestabilan emosi dan perasaan…
keceriaan saya mudah bertukar muram…
Bila bersendirian lebih mudah mengundang tangisan…
Saya sedar, sukar untuk insan di sekeliling saya memahami…
Namun saya akur, Allah ada untuk membelai jiwa ini…

“Ya Allah, Perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi benteng bagi urusanku, perbaikilah duniaku yang menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah akhiratku yang disana menjadi tempat kembaliku dan jadikanlah kehidupan sebagai tambahan bagiku pada setiap kebaikan dan kematian sebagai istirehat bagiku dari setiap kejahatan” (Hadith riwayat Muslim, Kitab al-Zikr Wa al-Du’a Wa al-Taubah Wa al-Istighfar, Bab al-Ta’awwuz Min Syarri Ma ‘Amila Wa Min Syarri Ma Lam Ya’mal, No2087)

“Ya Allah rahmatMu yang aku harapkan. Lalu janganlah Engkau menyerahkan aku pada diriku sendiri walau hanya sekelip mata. Perbaikilah keadaanku keseluruhannya.Tidak ada Tuhan (yang layak aku sembah) melainkanMu”
(Hadith riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, Bab Mayaqulu Idha Asbaha, No 5090 dan Ahmad, Musnad al-kufiyyin, Hadith Abi Bakrah Nafi’ bin al-Harith. Hukumnya: Hasan al-Isnad)

Ya Allah, berikan padaku kekuatan. Takdirkanlah yang terbaik untukku, agamaku dan akhiratku.”

Salam penuh tangisan dari saya di kamar KUO8U 202.

Selesai penulisan pada 06.04.08, jam 9.35 mlm.

05 April, 2008

Cukup menyentuh hati dan perasaan saya sehingga air mata ini tak mampu saya tahan untuk terus mengalir dan mengalir...
Saya teringat mak...saya teringat abah
Sungguh,tanpa keduanya tentu sahaja tiada saya di dunia ini.

"Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihaniku di waktu kecilku hinggalah kini aku telah bergelar isteri.Rahmati keduanya dan tetapkanlah keduanya menjadi hambaMu yang sentiasa rindu untuk sujud kepadaMu" Allahumma Amin.

Saya terlalu rindu pada mak dan abah...rindu sangat-sangat :'(