07 September, 2007

“Pernah tak kamu jumpa dengan orang yang berkhidmat kepada kedua orang tuanya sepertimana kamu melihat uwais al-Qarni?”, ustaz Azwira mengemukakan satu pertanyaan yang cukup tegas dan menuntut bukti diatas jawapan yang diberikan di dalam kuliah tadi.

Aku dengan yakin menjawab: “Ada”
“Kalau kamu kata ada,Siapa?”, soal ustaz Azwira lagi
Sekali lagi dengan yakin aku menjawab: “Suami saya!”
Ustaz memberikan senyuman yang aku seakan faham dengan senyuman itu, Katanya “Ana percaya suami sakinah ada ciri-ciri atau kelebihan yang makbul doanya”

Aku juga percaya, ustaz (Bisikku didalam hati pada waktu itu). Aku percaya kehidupan suamiku adalah kehidupan yang barakah. Kehidupan suamiku adalah kehidupan yang yang mendapat redha Allah. Walau bagaimana pun kelemahan dan kekurangan yang ada padanya, aku tidak sekali mahu mengatakan aku menyesal bersamanya.Dia adalah suamiku..yang banyak mengajar aku erti kesabaran.

Mak aku juga yang kata:
“Mana nak cari lelaki macam ajid,kak. Kalau dalam seribu, belum tentu satu pun ada macam Ajid”
Siapalah aku untuk menyangkal kenyataan itu. Siapalah aku…kerana bukankah aku yang hidup bersamanya..hidup sebagai isterinya.Akulah yang menyaksikan kehidupannya.

Aku yang menyaksikan - Ihtiramnya dia kepada emaknya (malah kepada kedua ibu bapaku juga) ..ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada emaknya, walau emaknya kadangkala sukar untuk ditafsirkan kehendaknya. Hingga emak mertuaku sendiri pernah berpesan kepada (saat itu kami baru seminggu di ijabkabulkan):
“Dia (Ajid) anak yang soleh. Dia masuk syurga. Dia selalu jaga I. Awak jaga dia baik-baik. Jaga hati dia. Jangan buat dia susah hati”
Itulah dia kata-kata yang keluar dari mulut seorang emak untuk anaknya. Pujian..dan sanjungan.Emak mertuaku menangis bila berkata begitu kepadaku. Dan aku? Aku hanya mampu menahan sendu…namun hatiku menangis sayu... mataku tetap bercahaya.

Kini emak mertuaku sudah terlantar sakit kerana stroke. Siapa lagi kalau bukan Ajid juga yang ambil berat..siapa lagi kalau bukan Ajid juga yang memerhatikan dari A-Z, untuk keperluan emaknya yang sudah tidak berdaya.

Benar kata ustaz..Ajid ada kelebihan seperti mana Uwais al-Qarni. Ajid boleh rawat orang..dan setiap ayat al-Quran yang keluar dari bibir cantiknya itu, seringkali menjadi (itu tandanya,doa nya makbul). Ajid, walau susah manapun, tapi tetap murah rezekinya. Ajid walau sedih macam manapun, ia tetap ada bahagia yang menanti. Aku lihat keberkatan itu, aku juga turut merasai keberkatan itu. Ajid selalu pesan, agar aku tidak mengabaikan kedua orang tuaku…walau siapa pun mereka (ibu bapa kita):
” kita kena hormat mereka..jangan tinggikan suara pada mereka. Sekarang tak nampak, nanti Allah balas juga.”

Aku tidak pernah lupa pengorbanan emak..aku tidak lupa jasa abah...
semuanya masih aku ingat...
walaupun kadangkala hatiku penuh luka..hatiku penuh hiba..

“Rabbirgh fir li waliwali dayya, warhamhuma kama rabbayaani soghira…”

0 Comments:

Post a Comment