03 September, 2007

“Sakinah ni, Wahabi rupanya”
“Sakinah Salafiyah..amik gambar tak?”

Terasa air liur saya tersekat dikerongkong. Perlukah saya tersenyum atau perlukah saya marah, atau tidak memberikan apa-apa respon?Atau bagaimana? Lidah saya kelu dengan kenyataaan yang keluar dari mulut seorang pensyarah yang amat saya hormati kerana ilmunya. Salafi/Wahabi ia adalah satu gelaran yang bagi pandangan saya amat berat untuk saya mengiyakan di hadapan orang lain. Seterusnya ia membuatkan saya bertanya pada diri, saya wahabi ke?saya salafi ke?Akhirnya saya sendiri keliru dalam memberikan satu jawapan yang tegas pada saat itu.

Saya menjadi bimbang dengan kenyataan ustaz itu terhadap saya. Saya yakin banyak mata yang tertumpu pada saya, kalau tidak pun hati dan jiwa mereka bertanya-tanya tentang semua itu. Saya jadi tidak sedap hati, bila ada persoalan yang dilontarkan kepada saya. “Akak mazhab apa sebenarnya? Apa itu salafi? Siapa Nasiruddin al-Bani?”

mmm…ingin sahaja saya lontarkan kembali satu persoalan kepada yang bertanya, “kenapa Tanya semua itu kepada saya? layakkah saya yang tidak mempunyai banyak ilmu tentang semua itu menjawab persoalan-persoalan tersebut?” Tetapi seperti biasa,saya akan menjawab yang terbaik mengikut apa yang saya fahami dan juga menurut apa yang saya ketahui.

Di dalam hal Salafi dan Wahabi ini, Saya berpandangan bahawa salafi dan wahabi BUKANLAH sebuah mazhab yang baru (tetapi ada juga beberapa pensyarah yang berfahaman sedemikian). Bagi saya kedua-duanya mempunyai tujuan perjuangan yang sama iaitu menegakkan sunnah dan membanteras bid’ah. Sebenarnya tidak ada apa yang salah mengenai keduanya, tetapi biasalah, kadangkala para pengikutnya terlebih-lebih dan kadangkala tersasar dari tujuan asal, hingga terlalu ekstrem dalam membid’ahkan orang lain.

Sungguh!siapalah saya? Saya tidak layak untuk menisbahkan diri saya kepada salafi lantaran golongan salaf itu adalah golongan mulia yang tidak ada bandingannya, dan saya tidak pernah mengakui diri saya wahabi lantaran saya bukan lah insan yang begitu maklum dengan perjuangannya ataupun insan yang berkobar-kobar untuk berada didalam fikrah dan barisan mereka. Jelasnya saya bukan salafi dan saya bukan juga wahabi. tetapi saya adalah muslimah yang tidak mahu menjadi muqallid (mengikut buta tanpa ilmu dalam agama dan ibadah) tetapi sedang mendidik diri ke arah muttabi’(melaksanakan agama dan ibadah berdasarkan ilmu dan dalil yang telah dikaji).

Berikut saya lampirkan bersama sebuah artikel yang amat bernas untuk difikirkan bersama:

http://www.al-wahidah.com/artikel/katakantidakpadawahabi.html

0 Comments:

Post a Comment