14 August, 2007

7 Perkara

Agak lama aku menyepi. Sebenarnya bukan tidak ada perkembangan terkini dan bukan juga tidak ada cerita sensasi (heheh) Cuma kesibukan dan server yang tidak berapa baik telah menghalang untuk aku duduk lama dihadapan computer dan menaipkan sesuatu yang baru diblog ini.

Agak-agak apa yang ingin aku kongsi pada entry kali ini? Jom,Kita lihat beberapa perkara berikut:

Perkara 1: KUO

Aku dan sebahagian rakan-rakan yang lain masih lagi terkandas di Taman Tenaga ini. Hanya Nurul sahaja yang dapat berpindah ke sana.Kami tinggal berlima di rumah. Sakit hati juga, paling sakit hati bila pertama kali notis dikeluarkan yang mengatakan kami boleh berpindah. Ajid datang dari jauh untuk angkat barang-barang, tapi bila ajid sampai je, satu notis baru dikeluarkan menyatakan bahawa pemindahan dibatalkan!!!Macam nak nangis. Tapi SABARRRRR!!!!! Aku kasihan pada Ajid. Habis masa dan duit!Dan yang paling penting tentu sekali Ajid penat.(Aku Sedih)

Mmm, pentadbiran KUO (kolej Ungku Omar) yang tidak professional?Aduii..malaslah, nak cakap banyak tentang KUO, cukup mengecewakan. Janji tinggal ,janji sahaja. Kalau aku cakap panjang-panjang pasal KUO, rasanya sampai esok pun tidak akan habis. Cuma satu sahaja nak luahkan, ‘Beginikah caranya orang Islam mentadbir?acuh tak acuh, tidak professional,menyusahkan dan tidak ada etika?!”

Aku hanya mampu berdoa, moga kami semua cepat-cepat dipindahkan dari sini. Fasbir sobran Jamilan!

Perkara 2: Assignment Hadith 1

Alhamdulillah, assignment tersebut dapat kami (aku dan syud) selesaikan dengan baik (walau ada pelbagai halangan, rasa tertekan dan dihiasi airmata). Hasilnya, assignment kami terpilih untuk dimuatkan dalam prosiding seminar hadith di Perak pada 20-21 Ogos 2007 nanti, anjuran jabatan al-Quran dan al-Sunnah. Segala puji itu hanya layak untuk Allah. Walaupun kertas kerja tersebut perlu dikongsi bersama ustaz Akil, ustazah Intan dan seorang pelajar tahun 2, aku masih boleh bersyukur kerana hampir 80% isinya adalah diambil daripada assignment kami termasuk setiap gambar kitab-kitab hadith di dalamnya. Satu kejutan untuk aku dan satu perkara yang tak pernah aku sangka akan berlaku!Alhamdulillah.

Perkara 3: Aku diminta ke pejabat Am PTSL dengan SEGERA untuk perbincangan!

Ya Allah! mcm nak putus jantung aku bila membaca nama dan no kad matrik aku di papan notis FPI (Fakulti Pengajian Islam). Tapi bukan perlu berjumpa di pejabat dekan. Yang peliknya kena pergi ke pejabat PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang) Aku dan Syuhada’ berbalas pandangan. Biar real! Apa yang aku dah lakukan ni? Terus Syuhada’ memberi cadangan “Jom, kak, kita pergi sekarang!” Aku dan Syuhada’ terus berjalan pantas menuju ke PTSL.Sepanjang perjalanan kami cuba meneka perbincangan apa sebenarnya yang penting sangat nak dibincangkan dengan aku. Tidak ada perkara lain yang menerpa di pemikiran kami saat itu melainkan tentang ‘Kamera’(ada apa pula dengan kamera ni?ha! itu antara aku dengan syud je!rahsia…) dan syud kata lagi, “nak bagi Anugerah tak?”. (Aku ketawa) Hai anugerah apa pula yg PTSL nk beri kat aku?Apapun, aku bersikap tenang.

Sesampai sahaja aku di kaunter dan memberitahu tujuan kedatanganku, abang di kaunter terus berkata: “Cemerlang?!”. Aku terkejut. ‘Eh,cemerlang apa pulak ni’,bisikku di dalam hati. Aku dibawa berjumpa dengan seorang pegawai. Aku masuk ke dalam pejabat bertemankan syud. Tapi nampaknya pegawai tesebut lebih senang untuk berbual empat mata dengan aku, syud diminta menunggu di luar.
“Sebenarnya Sakinah dianugerahkan A****** P******* I*** 2007.”(belum bersedia nak kata anuegrah apa sebenarnya itu.nanti dah dapat secara rasmi pada 5 september,aku nyatakan dengan jelas,k? Harap bersabar) Kata pegawai itu dengan sebaris senyuman. Aku terkejut utk kali yang ke berapa pun aku tak pasti. Pegawai tersebut menerangkan bagaimana aku terpilih dianugerahkan dengan anugerah tersebut dan meminta persetujuanku untuk menerima serta menghadiri majlis rasmi pembahagian anugerah.Hampir setengah jam juga kami berbual. Yang pasti, aku lega.Sangkaan aku dan syud, meleset sama sekali. Kulafazkan kalimah tahmid beberapa kali, Alhamdulillah…alhamdulillah….alhamdulilah…alhamdulillah… alhamdulillah….alhamdulillah.

Perkara 4: Ajid

Sejak mula semester baru ini, ajid banyak kali datang ke Bangi.Pertama nya dulu sebab menghantar aku pulang. Kedua, sebab aku kurang sihat. Ketiga, sebab kononnya aku akan berpindah ke UO, tapi tiba-tiba di batalkan pemindahan itu dan keempat, bila ajid ada urusan business. Aku sentiasa berdoa, moga setiap usaha Ajid dipermudahkan Allah dan setiap budi dan jasa Ajid dibalas Allah dengan sebaik-baik pembalasan.Allahumma Amin.

Perkara 5: Tanda Apa tu?

Tanda itu tiba-tiba menjadi semakin hitam.Dahulu, ia cuma kering sahaja.Tapi kini, sudah semakin hitam pula.Mujur aku bertudung,kalau tak, nampak kesan hitam di dahi. Ramai tegur..dan ramai kata, “Itu kesan s****, ke?”.
Bila aku perlihatkan pada Ajid, Ajid kata juga mengatakan hal yang sama.
Katanya; “Inah tak payah risau..baguslah”
“Mana boleh?Mustahil!” Aku tak puas hati, sambil menilik dahiku di cermin.
“Ajid selalu nampak inah S**** lama.Selalu inah buat mcm tu.Tak mustahil lah”, Ajid cuba meyakinkan aku.
“Tapi mana ada perempuan ada kesan ni?Lelaki je, yang selalu nampak”, luah aku pada Ajid.
“Eh..ada lah.Perempuan pun ada!” Nafinya dengan yakin.
“Macam mana Ajid tahu? Siapa? Ajid pernah nampak ke?”
Dengan pantas Ajid menjawab: “Inah!”

Hai…entahlah,aku risau jadinya.Kenapa risau pun aku tak tahu.Biarlah..Baini wa Bainallah.

Perkara 6: Laungan Azan itu

Ahad lalu, aku berada di Masjid UKM. Syud menunaikan Solat maghrib disana kerana jam lapan malam kami perlu menghadiri kelas tambahan ustaz Asmadi. Laungan azan maghrib berkumandang. Suaranya muda, sayu dan merdu. Mengingatkan aku pada muezzin muda masjid Darul Ghufran dan Fityan Ghufran. Lama aku tidak mendengar suara-suara azan mereka. Syafiq,Zikri, Rashid,Hamzah, Hafiz dan ramai lagi. Aku teringatkan mereka. Keramahan mereka, usikan, telatah dan kerenah mereka. Semua itu membuatkan aku tersenyum. Mereka masih muda, walaupun mereka dekat dengan masjid, tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi penghayatan terhadap amalan dan ibadah sebagai hamba Allah s.w.t, juga akhlak sesama rakan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apapun aku puji mereka, kerana punya kesungguhan untuk mendekatkan diri pada kebaikan dan berkhidmat untuk agama Islam. Aku sentiasa berdoa, bila aku pulang lagi kesana, aku akan dapat melihat fityan dan fatayat yang lebih baik,yang lebih mengerti atas tujuan apa mereka di masjid, dan lebih mengerti untuk apa mereka bergerak didalam kumpulan serta lebih menghayati setiap amal dan ibadah yang mereka laksanakan. Moga bertambah akhlaq dan bertambah taqwa.Allahumma Amin.

Perkara 7: Mereka sedang berjuang!!!

Anak-anak muridku sudah berangkat ke tempat menuntut ilmu mereka. Hida, mardhiyah dan yang lain sudah BELAYAR JAUH, demi ilmu lslam. Mereka merantau jauh,lebih jauh dari aku.

Sungguh!mereka permata hatiku…setiap kali aku pandang wajah mereka,disitu ada sinar.Sinar itu seolah-olah memperlihatkan padaku, bahawa mereka akan pulang untuk menegakkan Syariat Allah. Ya Allah,kuatkan hati-hati mereka. Lindungilah mereka. Aku sayangkan mereka..dan aku sentiasa merindui mereka.Merekalah mujahidah solehah..yang sentiasa menjaga hati mereka kerana takutkan Allah.

Rasanya ini sudah terlalu panjang. Makin banyak menaip..makin pilu pula hati ini.
Ya Allah, andai aku rindu..biar rinduku bersulam taqwa..
Andai aku sayang biar sayangku kerana dakwah!!!

0 Comments:

Post a Comment