27 August, 2007

Sudah seminggu lebih aku tidak duduk depan computer. Bermula sebelum keberangkatan kami ke Seminar al-Hadith di Perak hinggalah kepulangan kami ke Bumi Ukm. Aku Penat!Penat itu belum hilang…nafas aku masih belum tenang. Aku benar-benar keletihan.
Seminar 2 hari di Perak merupakan sebuah perjalanan yang mnegeratkan ukhwah kami pelajar tahun 3, Jabatan al-Quran dan al-Sunnah. Banyak perkara yang ingin aku ceritakan tentang seminar. Tapi nampak gayanya, aku masih belum berpeluang untuk bercerita panjang tentang seminar.Masa amat terhad bagiku hari ini!(Insya Allah...akan diusahakan)

Pulang dari seminar, aku dikejutkan dengan notis perpindahan pelajar UO blok 8U dan 8Y dari taman tenaga pada hari khamis 23 ogos 2007! Kakiku lemah membaca notis itu. Bukan kerana aku tidak suka (sedangkan itu yang aku impikan selama ini) tetapi penat aku belum hilang, aku terpaksa mengemas barang-barang untuk berpindah KEESOKAN HARINYA juga.Kerana itulah yang diarahkan. Aku terpaksa tidak hadir ke kuliah dan tutorial. Aku sms Ajid. Ajid datang pagi esoknya untuk membantu aku berpindah dari taman tenaga ke UO. Ajid juga yang mengangkat barang-barang aku naik tangga UO yang tinggi itu.

Keesokan harinya (Jumaat), aku terpaksa mengikuti kelas pertama memandu selama 5 jam dan terus menduduki ujian teori.(bermakna aku perlu untuk tidak menghadiri kuliah dan tutorial untuk kali kedua) Aku tidak punya hati untuk kelas memandu ini.Aku tahu aku tidak akan dapat menjawab ujian memandu itu dengan baik. Hasilnya juga seperti yang aku jangkakan (walaupun sebenarnya aku terkejut) aku gagal ujian teori.Tapi seperti biasa, Ajid juga yang memberi semangat agar aku menduduki ujian teori itu sekali lagi (pada awalnya aku sudah patah semangat dan tidak mahu meneruskan hasrat untuk mengambil lessen kereta sebenarnya) Ajid terus mendesak, mengatakan aku boleh lulus untuk kali yang kedua nanti.

Maka pagi sabtu itu, Ajid hantar aku ke Akademi Memandu Nilai. Untuk Ajid, akhirnya aku lulus juga ujian teori dengan mata 45/50!Aku masuk ke pejabat akedemi tersebut dan kakak di kaunter itu bertanyakan kepada ku samada aku ingin meneruskan kelas selama 6 jam petang itu atau tidak.Oooo..of course, jawapannya tidak!Aku tak larat untuk duduk 6 jam lagi di tempat itu. Aku minta agar untuk kelas 6 jam itu aku duduki pada Sabtu akan datang. (Pada awalnya Ajid rancang untuk ke PWTC, tapi tiba-tiba dibatalkan, kerana waktu amat singkat untuk kami ke sana, lagipun aku perlu mengemas bilik di UO). Ajid menghantar aku ke UO untuk aku mengemas segala barang-barang yang berselerakan di bilik. Maka bermulalah operasi mengemasku pada petang Sabtu itu.

Hari Ahad, kami ke Mydin untuk membeli barang-barang yang perlu, kemudian kami ke Tesco, seterusnya menuju ke Warta. Petang itu, Ajid hantar aku pulang ke UO dan Ajid pulang ke Singapura jam 6.00petang.

Setelah Ajid menghantar aku pulang, aku terus-mengemas dan terus mengemas bilik hingga jam 1 pagi! Dan hari ini, aku masih lagi keletihan....

(Tidak ada yang menarik tentang penulisan ini...aku sendiri tidak menemui keindahan bahasanya ...ia cukup membosankan!)

15 August, 2007

Aku dan Syuhada’, sedang menghabiskan masa di PTSL. Kuliah berikutnya adalah jam 4 petang. Sekarang jam di tangan baru menunjukkan pukul 12.40 tgh/hari.mmm..lambat lagi!

Sebentar tadi kami berjumpa dengan Nik. Perjumpaan yang sebentar tadi, membuatkan aku ingin menarikan jari-jemari diatas papan kekunci laptop ini. Aku ucapkan “Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Nik”. Terima kasih diatas kad jemputan yang dihulurkan,tapi sayangnya kami pelajar-pelajar jabatan al-Quran dan al-Sunnah tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Kami semua akan bertolak ke Perak Ahad ini untuk menghadiri seminar Hadith anjuran jabatan kami. Apapun aku doakan yang terbaik untuk Nik, moga menjadi isteri solehah penyejuk mata dan hati suami tercinta.

Terkenang detik-detik aku akan nikahkan dengan suami. Sebuah majlis ringkas, tetapi tetap menelan belanja beribu dollar. Aku nikah tanpa secalit make-up di wajah, tanpa mak andam penyeri pengantin, tanpa bunyi kompang meriuhkan suasana dan tanpa pelamin,persandingan dan persalinan yang sering di idamkan para gadis. Mujur ada abang pen yang memang gemar memetik gambar,maka dialah juru kamera aku pada hari yang bersejarah itu. Jika tidak,tentu gambar pun aku tidak ada sebagai kenang-kenangan.

Saudara-mara pelik, anak dara kahwin tidak ada pelamin,tidak ada mak andam malah aku nikah tetap berjubah dan bertudung labuh. Banyak bisikan dan tanggapan negative dari mereka, namun demi menjaga syariat aku tabahkan hati dan perasaan. Bukan mudah menelan kata orang. Menelan kata-kata orang, pahitnya umpama aku menalan jadam!

Aku tidak mahu meruntuhkan benteng syariat yang aku bina selama ini. Tidak mungkin kerana bergelar raja sehari, akan aku korbankan semua yang aku pegang kukuh kerana takut dengan tanggapan masyarakat. Aku takut pada Allah, Aku yang bakal menanggung dosa. Mereka tidak rugi apa-apa.

Bukankah pernikahan itu adalah sesuatu yang suci dan sebuah majlis yang penuh rahmah. Maka aku tidak mahu mengotorkan kesucian majlis dengan perkara-perkara bid’ah dan melanggar syariat Allah. Aku tidak rela keberkatan majlis itu pudar!

Aku bersyukur kerana dapat mempertahankan syariat dan aku bersyukur kerana dapat memperlihatkan inilah hasil didikan agama yang aku perolehi.

Hari raja sehari adalah hari yang benar-benar menguji sejauhmana orang yang mendalami ilmu agama akan mempraktikkan setiap apa yang dipelajarinya dan mempertahankan syariat Allah dan sunnah Rasulullah. Adakah kita yang mengaku sebagai orang yang belajar agama Allah ini kalah atau menang?Mampukah kita menangkis nafsu dan keinginan untuk berhias-hias umpama puteri kayangan (bagi yang muslimah)? Mampukah kita menahan umpatan dan kata orang untuk menpertahankan syariat Allah?Maka hari itu, adalah ujian besar bagi kita. Ittaqillah!

14 August, 2007

7 Perkara

Agak lama aku menyepi. Sebenarnya bukan tidak ada perkembangan terkini dan bukan juga tidak ada cerita sensasi (heheh) Cuma kesibukan dan server yang tidak berapa baik telah menghalang untuk aku duduk lama dihadapan computer dan menaipkan sesuatu yang baru diblog ini.

Agak-agak apa yang ingin aku kongsi pada entry kali ini? Jom,Kita lihat beberapa perkara berikut:

Perkara 1: KUO

Aku dan sebahagian rakan-rakan yang lain masih lagi terkandas di Taman Tenaga ini. Hanya Nurul sahaja yang dapat berpindah ke sana.Kami tinggal berlima di rumah. Sakit hati juga, paling sakit hati bila pertama kali notis dikeluarkan yang mengatakan kami boleh berpindah. Ajid datang dari jauh untuk angkat barang-barang, tapi bila ajid sampai je, satu notis baru dikeluarkan menyatakan bahawa pemindahan dibatalkan!!!Macam nak nangis. Tapi SABARRRRR!!!!! Aku kasihan pada Ajid. Habis masa dan duit!Dan yang paling penting tentu sekali Ajid penat.(Aku Sedih)

Mmm, pentadbiran KUO (kolej Ungku Omar) yang tidak professional?Aduii..malaslah, nak cakap banyak tentang KUO, cukup mengecewakan. Janji tinggal ,janji sahaja. Kalau aku cakap panjang-panjang pasal KUO, rasanya sampai esok pun tidak akan habis. Cuma satu sahaja nak luahkan, ‘Beginikah caranya orang Islam mentadbir?acuh tak acuh, tidak professional,menyusahkan dan tidak ada etika?!”

Aku hanya mampu berdoa, moga kami semua cepat-cepat dipindahkan dari sini. Fasbir sobran Jamilan!

Perkara 2: Assignment Hadith 1

Alhamdulillah, assignment tersebut dapat kami (aku dan syud) selesaikan dengan baik (walau ada pelbagai halangan, rasa tertekan dan dihiasi airmata). Hasilnya, assignment kami terpilih untuk dimuatkan dalam prosiding seminar hadith di Perak pada 20-21 Ogos 2007 nanti, anjuran jabatan al-Quran dan al-Sunnah. Segala puji itu hanya layak untuk Allah. Walaupun kertas kerja tersebut perlu dikongsi bersama ustaz Akil, ustazah Intan dan seorang pelajar tahun 2, aku masih boleh bersyukur kerana hampir 80% isinya adalah diambil daripada assignment kami termasuk setiap gambar kitab-kitab hadith di dalamnya. Satu kejutan untuk aku dan satu perkara yang tak pernah aku sangka akan berlaku!Alhamdulillah.

Perkara 3: Aku diminta ke pejabat Am PTSL dengan SEGERA untuk perbincangan!

Ya Allah! mcm nak putus jantung aku bila membaca nama dan no kad matrik aku di papan notis FPI (Fakulti Pengajian Islam). Tapi bukan perlu berjumpa di pejabat dekan. Yang peliknya kena pergi ke pejabat PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang) Aku dan Syuhada’ berbalas pandangan. Biar real! Apa yang aku dah lakukan ni? Terus Syuhada’ memberi cadangan “Jom, kak, kita pergi sekarang!” Aku dan Syuhada’ terus berjalan pantas menuju ke PTSL.Sepanjang perjalanan kami cuba meneka perbincangan apa sebenarnya yang penting sangat nak dibincangkan dengan aku. Tidak ada perkara lain yang menerpa di pemikiran kami saat itu melainkan tentang ‘Kamera’(ada apa pula dengan kamera ni?ha! itu antara aku dengan syud je!rahsia…) dan syud kata lagi, “nak bagi Anugerah tak?”. (Aku ketawa) Hai anugerah apa pula yg PTSL nk beri kat aku?Apapun, aku bersikap tenang.

Sesampai sahaja aku di kaunter dan memberitahu tujuan kedatanganku, abang di kaunter terus berkata: “Cemerlang?!”. Aku terkejut. ‘Eh,cemerlang apa pulak ni’,bisikku di dalam hati. Aku dibawa berjumpa dengan seorang pegawai. Aku masuk ke dalam pejabat bertemankan syud. Tapi nampaknya pegawai tesebut lebih senang untuk berbual empat mata dengan aku, syud diminta menunggu di luar.
“Sebenarnya Sakinah dianugerahkan A****** P******* I*** 2007.”(belum bersedia nak kata anuegrah apa sebenarnya itu.nanti dah dapat secara rasmi pada 5 september,aku nyatakan dengan jelas,k? Harap bersabar) Kata pegawai itu dengan sebaris senyuman. Aku terkejut utk kali yang ke berapa pun aku tak pasti. Pegawai tersebut menerangkan bagaimana aku terpilih dianugerahkan dengan anugerah tersebut dan meminta persetujuanku untuk menerima serta menghadiri majlis rasmi pembahagian anugerah.Hampir setengah jam juga kami berbual. Yang pasti, aku lega.Sangkaan aku dan syud, meleset sama sekali. Kulafazkan kalimah tahmid beberapa kali, Alhamdulillah…alhamdulillah….alhamdulilah…alhamdulillah… alhamdulillah….alhamdulillah.

Perkara 4: Ajid

Sejak mula semester baru ini, ajid banyak kali datang ke Bangi.Pertama nya dulu sebab menghantar aku pulang. Kedua, sebab aku kurang sihat. Ketiga, sebab kononnya aku akan berpindah ke UO, tapi tiba-tiba di batalkan pemindahan itu dan keempat, bila ajid ada urusan business. Aku sentiasa berdoa, moga setiap usaha Ajid dipermudahkan Allah dan setiap budi dan jasa Ajid dibalas Allah dengan sebaik-baik pembalasan.Allahumma Amin.

Perkara 5: Tanda Apa tu?

Tanda itu tiba-tiba menjadi semakin hitam.Dahulu, ia cuma kering sahaja.Tapi kini, sudah semakin hitam pula.Mujur aku bertudung,kalau tak, nampak kesan hitam di dahi. Ramai tegur..dan ramai kata, “Itu kesan s****, ke?”.
Bila aku perlihatkan pada Ajid, Ajid kata juga mengatakan hal yang sama.
Katanya; “Inah tak payah risau..baguslah”
“Mana boleh?Mustahil!” Aku tak puas hati, sambil menilik dahiku di cermin.
“Ajid selalu nampak inah S**** lama.Selalu inah buat mcm tu.Tak mustahil lah”, Ajid cuba meyakinkan aku.
“Tapi mana ada perempuan ada kesan ni?Lelaki je, yang selalu nampak”, luah aku pada Ajid.
“Eh..ada lah.Perempuan pun ada!” Nafinya dengan yakin.
“Macam mana Ajid tahu? Siapa? Ajid pernah nampak ke?”
Dengan pantas Ajid menjawab: “Inah!”

Hai…entahlah,aku risau jadinya.Kenapa risau pun aku tak tahu.Biarlah..Baini wa Bainallah.

Perkara 6: Laungan Azan itu

Ahad lalu, aku berada di Masjid UKM. Syud menunaikan Solat maghrib disana kerana jam lapan malam kami perlu menghadiri kelas tambahan ustaz Asmadi. Laungan azan maghrib berkumandang. Suaranya muda, sayu dan merdu. Mengingatkan aku pada muezzin muda masjid Darul Ghufran dan Fityan Ghufran. Lama aku tidak mendengar suara-suara azan mereka. Syafiq,Zikri, Rashid,Hamzah, Hafiz dan ramai lagi. Aku teringatkan mereka. Keramahan mereka, usikan, telatah dan kerenah mereka. Semua itu membuatkan aku tersenyum. Mereka masih muda, walaupun mereka dekat dengan masjid, tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi penghayatan terhadap amalan dan ibadah sebagai hamba Allah s.w.t, juga akhlak sesama rakan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Apapun aku puji mereka, kerana punya kesungguhan untuk mendekatkan diri pada kebaikan dan berkhidmat untuk agama Islam. Aku sentiasa berdoa, bila aku pulang lagi kesana, aku akan dapat melihat fityan dan fatayat yang lebih baik,yang lebih mengerti atas tujuan apa mereka di masjid, dan lebih mengerti untuk apa mereka bergerak didalam kumpulan serta lebih menghayati setiap amal dan ibadah yang mereka laksanakan. Moga bertambah akhlaq dan bertambah taqwa.Allahumma Amin.

Perkara 7: Mereka sedang berjuang!!!

Anak-anak muridku sudah berangkat ke tempat menuntut ilmu mereka. Hida, mardhiyah dan yang lain sudah BELAYAR JAUH, demi ilmu lslam. Mereka merantau jauh,lebih jauh dari aku.

Sungguh!mereka permata hatiku…setiap kali aku pandang wajah mereka,disitu ada sinar.Sinar itu seolah-olah memperlihatkan padaku, bahawa mereka akan pulang untuk menegakkan Syariat Allah. Ya Allah,kuatkan hati-hati mereka. Lindungilah mereka. Aku sayangkan mereka..dan aku sentiasa merindui mereka.Merekalah mujahidah solehah..yang sentiasa menjaga hati mereka kerana takutkan Allah.

Rasanya ini sudah terlalu panjang. Makin banyak menaip..makin pilu pula hati ini.
Ya Allah, andai aku rindu..biar rinduku bersulam taqwa..
Andai aku sayang biar sayangku kerana dakwah!!!