14 July, 2007

C untuk Cinta!

Saat jari-jemariku menari di papan kekunci ini, jam menunjukkan pukul 10.25 malam. Bosan!Aku yakin, bukan aku seorang sahaja yang bosan, malah semua ahli rumah ini. Di ruang tamu, Azizah dan Hani sibuk di depan laptop Suzana, entah apa yang dinyanyikan kat depan laptop itu, Suzana pula sedang asyik baca novel Pudarnya Pesona Cleopatra (sebenarnya aku yang cadangkan novel itu padanya), Faridah pula baru sahaja pulang dari mana pun aku tak pasti, Nurul tidur bilik Isma malam ini, dan aku….baru sahaja selesai menelaah nota Kajian Perbandingan Kitab Hadith. Di apartment taman tenaga ini tidak ada internet yang boleh menghubungkan aku dengan dunia luar. Sepi! kalau nak surf internet terpaksa bawa laptop ke kuliah. Aduiii..heret laptop ke sana..kemari. Letih aku dibuatnya!

Ketika aku termenung melihat novel Tautan Hati yang belum lagi kumulakan pembacaannya, aku teringatkan dialog yang aku ucapkan kepada seorang adik, beberapa hari yang lepas.

“Cinta kita untuk Allah. Cinta kita layak diberikan sepenuhnya kepada Allah. Bukan kepada manusia. Jangan kerana cinta kepada seorang lelaki, kita lupa semua itu!” Tegas aku kepada seorang adik yang baru putus cinta.

Dalam hati ada cinta! Siapa yang berani menyangkal. Cinta itu indah..semua orang ingin dicintai dan mencintai. Bahkan cinta itu sendiri terlalu luas untuk didefinisikan, kadangkala terlalu abstrak untuk dimengertikan. Ia hadir tanpa dipaksa…dan ia mampu kekal sampai bila-bila!Derita bertukar bahagia.Kesepian terisi dengan kehadiran si dia. Cinta juga selalu membuat orang yang jatuh cinta tersenyum lebar hingga ke telinga. Yang pahit jadi manis, yang hempedu pun boleh jadi madu. Wahh!hebatnya cinta. Cinta mempunyai kuasa luar biasa, bagai sihir yang memukau manusia!!

“Tidak semestinya perkahwinan itu perlu didahului dengan cinta, tidak semstinya ia perlu dimulai dengan bercouple. Sebenarnya perkahwinan yang berkah adalah perkahwinan yang tidak dibajai dengan zina hati. Itu lebih mendapat keredhaan tuhan. Percaya cakap akak!!” Pujuk aku lagi saat tangisannya hampir memenuhi ruang bilik tidurnya.

Makan tak kenyang, tidur tak lena, pendek kata hidup segan mati tak mahu!!!Itulah keadaannya. Moga Allah memberi hidayah kepadanya dan tetap hatinya untuk berada di landasan ilmu ini. Allahumma Amin.

Kadangkala aku menjadi pelik. Ramai gadis takut tak kahwin, ramai yang risau jadi anak dara tua, sebab itu ramai yang bimbang bila diri belum lagi ‘berpunya’! Atas sebab itu juga, ramai yang tidak kisah siapa sahaja yang datang mengisi kekosongan hati! Asalkan ada CINTA itu sudah mencukupi!!!

Pelik.Waktu bercinta memang semuanya indah belaka. Itu tak kisah..ini tak kisah..itu tak pe..ini takpe…buang emak buang saudara kerana sayang yang diturutkan, buang maruah buang agama kerana cinta nak dipertahankan. Aku geleng kepala..kadang2 sakit kepala! Mmm….belum berumahtangga belum tahu…nanti sudah berumahtangga baru tahu…CINTA ke segala-galanya???

Waktu itu baru sedar, ADA APA DENGAN CINTA??

Aku termenung lagi.

Mana mungkin untuk aku menghalalkan apa yang haram? Hubungan hati yang terikat kukuh hingga tidak mahu memberikan sedikit ruang pada cinta Ilahi,patutkah aku sokong? Cinta yang Allah cipta didalam hati manusia untuk digunakan ke arah yang halal..bukan yang haram. Malang…cukup kasihan, apabila anak-anak pengajian Islam sendiri sudah tidak dapat membezakan cinta halal dan cinta haram. Aku bukan menghukum.Aku bukan membuat konklusi kerana emosi..tetapi inilah hakikat. Hakikat inilah yang membuat aku sering susah hati…membuatkan aku sering mengingatkan adik-adik yang aku kasihi…”Cinta yang halal antara lelaki dan perempuan adalah cinta di alam perkahwinan. Muslimah yang takut pada Tuhan tidak sekali-kali berani mencampakkan cinta lelaki ajnabi ke lautan hatinya.”

Allahumaghfirli…

[12 July 2007, Pangsapuri Taman Tenaga UKM/201]

0 Comments:

Post a Comment