30 July, 2007

Astaghfirullah..sudah seminggu kaki yang terseliuh ini, tidak sembuh-sembuh. Banyak tangan ‘yang tak bertauliah’ cuba-cuba mengurut (jazakunnallahu khairan kathiran) Sakit, bisa dan kadangkala rasa mcm nak putus, urat-urat kaki ini. Ajid ada mencadangkan beberapa cadangan, tetapi seperti biasa…aku degil dan tidak mahu tanpa Ajid. Ramai yang kata: “Insya Allah, nnt dia ok, sendiri, kak” Benarkah? Atau mungkin kata-kata mereka hanya ingin menyedapkan hati ini yang sememangnya teramat gusar!Ya Allah, moga kata-kata mereka itu merupakan do’a yang Kau makbulkan. Allahumma Amin. Ishfi anta al-Shafi La shifaa Illa shifaUk Syifaa an La Yughadiru Saqama…

Dua malam aku bermalam di bilik Syuhada….mmm…atau Syuhada’ (lebih sedap dan indah maknanya). Duduk bersamanya, pelbagai kisah dan pengalaman di kongsi bersama. Boleh juga aku katakan malam itu umpama malam luahan rasa. Tapi sesi luahan rasa itu, tidak banjir dengan air mata…sesi luahan rasa penuh ceria dengan gelak dan tawa. Tak kering gusi kami dibuatnya. Sakit perut menahan tawa, yang entah dimana penghujungnya!heheh.

Namun begitu, bermalam di kamarnya, memperlihatkan kepadaku sebuah ikatan adik-beradik yang ‘unik’. Syuhada’ dan adiknya begitu mesra, seiya sekata, sehati sejiwa, akrab bagai sahabat, bagai isi dengan kuku, tempat saling mencurah rasa, punya persefahaman jitu, saling mengasihi, kasihan mengasihani, bergurau senda, tiada bermasam muka, jauh sekali untuk mendetikkan benci dan amarah dalam jiwa. Subhanallah. Indah…sejuk mata memandang!

Sebuah lagi hubungan adik beradik yang membuat aku kagum ialah hubungan antara Suzana dan abangnya. Seorang abang yang bertanggungjawab dan amat mengasihi adiknya. Suka menziarahi adiknya dan membawa adiknya berjalan-jalan. Suzana kata dengan senyuman “dia (abangnya) memang patut dipuji”

Mungin ada yang pelik, apa unik nya?.Unik.. kerana sukar hubungan adik-beradik akan terikat seindah itu (ini dari sudut pandanganku, semua orang ada pandangan dan pendapat masing-masing). Mereka bagaikan adik-beradik kembar walau Syuhada’ tua 2 tahun dari adiknya. Cukup menakjubkan. Pada pemerhatian aku, seringkali hubungan adik beradik, kurang rapat dan sering mempunyai fikrah yang berbeza dan tidak sefahaman, pertengkaran (walaupun perkara itu kecil) seringkali tidak dapat dielakkan. Kadangkala juga perkara kecil yang digaduhkan, umpama perkara besar yang sukar untuk ditolak-ansurkan! Dan selalunya …rakan-rakan sering dinobatkan sebagai adik-beradik jika nak dibandingkan dengan adik-beradik sendiri.

Aku juga sering mendengar kata-kata ini (mungkin dari mulut emak): “Orang yang kita tak kenal, orang luar.. kadang-kadang lebih baik dari adik-beradik sendiri atau sedara kita. Adik-beradik dan sedara kita ni…hanya tahu cakap je, mengata kita, sakitkan hati kita. Namun kalau nak tolong kita jauh sekali. Ni lah, adik beradik..kalau senang..kita pun tak pandang..bila dah susah..baru tahu jalan nak cari rumah kita..dan ingat kat kita”

Sepertimana sedari awal aku nyatakan..semua ini hanya pendapat individu.Mungkin ada salahnya ..ada benarnya. Tapi, kadangkala bila difkir-fikir..memang betul juga. Apabila melihat persekitaran, itulah yang sering terjadi. Aku tidak perlu lihat jauh-jauh. Buktinya, antara aku dan adik ku, terdapat jurang yang memisahkan, walau sama-sama berpendidikan madrasah. Persefahaman antara kami, hanya 40% sahaja. Selebihnya…banyak yang bertentangan dan kadangkala menimbulkan perdebatan dan sering bertikam lidah. Tetapi, sejak kami duduk berjauhan (Aku di UKM dan adik di UIA), semuanya sudah berkurangan. Maklum sahajalah, sekali-sekala berjumpa. Atau mungkin kerana adikku adalah lelaki yang menyebabkan terbinanya jurang antara kami (tapi tidak juga, ada diantara rakan-rakanku dengan adik beradik lelaki mereka amat rapat, buktinya Suzana dan abangnya).

Walauapapun, air dicincang tidak akan putus. Bagaimana pun situasi perhubungan kita dengan adik-beradik, mereka tetap adik beradik kita dan saudara kandung kita. Atau dengan kata-kata yang lebih tegas ‘mereka adalah darah daging kita’. Kasih mengasihi antara adik-beradik adalah mesti..kerana adanya perhubungan itu adalah kerana adanya ibu bapa kita, adanya keturunan kita. Wallahua’lam.

0 Comments:

Post a Comment