30 July, 2007

Astaghfirullah..sudah seminggu kaki yang terseliuh ini, tidak sembuh-sembuh. Banyak tangan ‘yang tak bertauliah’ cuba-cuba mengurut (jazakunnallahu khairan kathiran) Sakit, bisa dan kadangkala rasa mcm nak putus, urat-urat kaki ini. Ajid ada mencadangkan beberapa cadangan, tetapi seperti biasa…aku degil dan tidak mahu tanpa Ajid. Ramai yang kata: “Insya Allah, nnt dia ok, sendiri, kak” Benarkah? Atau mungkin kata-kata mereka hanya ingin menyedapkan hati ini yang sememangnya teramat gusar!Ya Allah, moga kata-kata mereka itu merupakan do’a yang Kau makbulkan. Allahumma Amin. Ishfi anta al-Shafi La shifaa Illa shifaUk Syifaa an La Yughadiru Saqama…

Dua malam aku bermalam di bilik Syuhada….mmm…atau Syuhada’ (lebih sedap dan indah maknanya). Duduk bersamanya, pelbagai kisah dan pengalaman di kongsi bersama. Boleh juga aku katakan malam itu umpama malam luahan rasa. Tapi sesi luahan rasa itu, tidak banjir dengan air mata…sesi luahan rasa penuh ceria dengan gelak dan tawa. Tak kering gusi kami dibuatnya. Sakit perut menahan tawa, yang entah dimana penghujungnya!heheh.

Namun begitu, bermalam di kamarnya, memperlihatkan kepadaku sebuah ikatan adik-beradik yang ‘unik’. Syuhada’ dan adiknya begitu mesra, seiya sekata, sehati sejiwa, akrab bagai sahabat, bagai isi dengan kuku, tempat saling mencurah rasa, punya persefahaman jitu, saling mengasihi, kasihan mengasihani, bergurau senda, tiada bermasam muka, jauh sekali untuk mendetikkan benci dan amarah dalam jiwa. Subhanallah. Indah…sejuk mata memandang!

Sebuah lagi hubungan adik beradik yang membuat aku kagum ialah hubungan antara Suzana dan abangnya. Seorang abang yang bertanggungjawab dan amat mengasihi adiknya. Suka menziarahi adiknya dan membawa adiknya berjalan-jalan. Suzana kata dengan senyuman “dia (abangnya) memang patut dipuji”

Mungin ada yang pelik, apa unik nya?.Unik.. kerana sukar hubungan adik-beradik akan terikat seindah itu (ini dari sudut pandanganku, semua orang ada pandangan dan pendapat masing-masing). Mereka bagaikan adik-beradik kembar walau Syuhada’ tua 2 tahun dari adiknya. Cukup menakjubkan. Pada pemerhatian aku, seringkali hubungan adik beradik, kurang rapat dan sering mempunyai fikrah yang berbeza dan tidak sefahaman, pertengkaran (walaupun perkara itu kecil) seringkali tidak dapat dielakkan. Kadangkala juga perkara kecil yang digaduhkan, umpama perkara besar yang sukar untuk ditolak-ansurkan! Dan selalunya …rakan-rakan sering dinobatkan sebagai adik-beradik jika nak dibandingkan dengan adik-beradik sendiri.

Aku juga sering mendengar kata-kata ini (mungkin dari mulut emak): “Orang yang kita tak kenal, orang luar.. kadang-kadang lebih baik dari adik-beradik sendiri atau sedara kita. Adik-beradik dan sedara kita ni…hanya tahu cakap je, mengata kita, sakitkan hati kita. Namun kalau nak tolong kita jauh sekali. Ni lah, adik beradik..kalau senang..kita pun tak pandang..bila dah susah..baru tahu jalan nak cari rumah kita..dan ingat kat kita”

Sepertimana sedari awal aku nyatakan..semua ini hanya pendapat individu.Mungkin ada salahnya ..ada benarnya. Tapi, kadangkala bila difkir-fikir..memang betul juga. Apabila melihat persekitaran, itulah yang sering terjadi. Aku tidak perlu lihat jauh-jauh. Buktinya, antara aku dan adik ku, terdapat jurang yang memisahkan, walau sama-sama berpendidikan madrasah. Persefahaman antara kami, hanya 40% sahaja. Selebihnya…banyak yang bertentangan dan kadangkala menimbulkan perdebatan dan sering bertikam lidah. Tetapi, sejak kami duduk berjauhan (Aku di UKM dan adik di UIA), semuanya sudah berkurangan. Maklum sahajalah, sekali-sekala berjumpa. Atau mungkin kerana adikku adalah lelaki yang menyebabkan terbinanya jurang antara kami (tapi tidak juga, ada diantara rakan-rakanku dengan adik beradik lelaki mereka amat rapat, buktinya Suzana dan abangnya).

Walauapapun, air dicincang tidak akan putus. Bagaimana pun situasi perhubungan kita dengan adik-beradik, mereka tetap adik beradik kita dan saudara kandung kita. Atau dengan kata-kata yang lebih tegas ‘mereka adalah darah daging kita’. Kasih mengasihi antara adik-beradik adalah mesti..kerana adanya perhubungan itu adalah kerana adanya ibu bapa kita, adanya keturunan kita. Wallahua’lam.

26 July, 2007

Hatiku gerimis, dan airmataku menitis setitis demi setitis. Aku melihat di langit luas, sekumpulan burung kelihatannya sedang terbang pulang ke sarang, mungkin. Senja merah jelas kelihatan…Maghrib hampir memasuki waktunya. Aku masih di dalam bas rapid KL, menahan sendu yang penuh di dada. Mampukah aku menahan lagi? Akhirnya air jernih ini jatuh juga membasahi pipi.Tapi ia bukan tanda aku mengaku kalah.Aku Cuma ingin mengumpul kekuatan yang hamper hilang dari dalam diri.
Kenapa dengan aku?
Terlelap semasa ustaz menyampaikan kuliah
Banyak nota yang tak di update
Ada assignment yang tak siap lagi
Ya Allah…aku terasa janggal dengan diri sendiri..aku masih tidak percaya, akukah itu? ini perubahan apa sebenarnya. Setiap kali keluar kuliah, jiwaku sarat dengan penuh rasa penyesalan kerana terlelap di dalam kuliah. Itu bukan aku! Aku terlalu letih! Sekilas aku teringat kata-kata Ajid,semasa aku memberi sebab untuk tidak mengambil lessen memandu. Tapi ajid kata: “You failed to manage your time!” Aku tercabar, dengan kepenatan yang entah bila akan berakhir, Ajid berkata begitu kepada aku. Hendak atau tidak, aku terpaksa ambil lessen kereta sem ni!Sedangkan masa bagiku amat singkat untuk ku luangkan pada perkara tersebut!

Aku sebak…sakit dada, menahan penat,sakit dada menahan sendu dan tangisan, yang bila-bila sahaja boleh terhambur keluar, andai aku tidak sekuat hari ini!!!!

25.07.07, ditaip selepas menyelesaikan nota Etika Dan Moral
********************************************************************

26.07.07, PTSL

Ada apa pada hari ini?
Sms demi sms aku terima, ‘Selamat Hari Lahir UNTUK AKAK’
Ucapan selamat hari lahir, membanjiri inbox hp ku.
Tapi…..
Entahlah, ‘dia’ tetap mcm dulu. SAMA!.Usah diharap pada yang memang pasti tidak mahu berubah. Tapi aku sering berkata dalam diri: “Apa salahnya?”

Aku bersyukur, masih diberi peluang untuk menambah umur.
Moga hidup ini memberi manfaat pada diri dan manusia lain….
Bernafas untuk memperjuangkan kalamullah dan din al-Islam

24 July, 2007

"Inah tak nak maafkan ***/***** yang *****/**** kat inah.Inah nak jumpa dia kat akhirat.Inah nak tahu knp?inah geram!!!!" luah aku suatu hari pada ajid.Byk kali aku luah begitu,byk kali aku niat begitu dalam hati. Berdosakah aku kerana tidak mahu memaafkan?mmm..jawapannya, tidak.

Ajid kata :"Kita kena maafkan segala kesilapan orang.Hidup kita akan tenang.Insya Allah, Allah akan permudahkan segala perjalanan hidup kita.Maafkan..maafkan"

Ye....kita perlu memaafkan, walau sebesar mana pun kesilapan orang pada kita.Memang sukar.Kerana apa yang dilakukan keatas diri ini, bukanlah perkara yang kecil-kecil dan tidak mengundang derita dan air mata. Hakikatnya aku manusia biasa!

Sabtu lepas, Ajid datang ke apartment kami,sedangkan kalau ikutkan perancangan, bukan masanya ajid datang menjenguk aku di UKM. Tapi ada 'sesuatu yang berlaku', dan perlu diselesaikan segera. Alhamdulillah,keadaan di apartment sudah menjadi sperti sediakala. Cuma pesan ku kpd adik2: "Kita kena sama-sama jaga rumah kita.Tak boleh harapkan akak seorang" Sungguh, besar harapan aku,agar setiap butir kata yang keluar dari bibirku pagi sabtu itu,bukan setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Aku menaruh harapan yang begitu tinggi agar ia dipraktikkan.Namun, segalanya terpulang pada individu yang mendengar....

Apa yang berlaku 'khas' nya pada diri ini,membuatkan aku terfikir "SAMPAI BILA??" Sampai bila bukan persoalannya..tetapi..bersabar dan bertahan sampai bila-bila adalah yang paling utama!!!!

Aku tidak mahu berdendam...biar Allah yang balas dengan balasan yang setimpal.Aku mohon kekuatan..aku mohon perlindungan.TIADA DENDAM DIANTARA KITA...

16 July, 2007

Itulah pengalaman!
Itulah yang Ajid ucapkan kepada ku di dalam kereta saat menghantar aku ke UKM minggu lepas. Bagai mimpi, tanpa disedari dah seminggu aku dan adik-adik yang lain duduk serumah di pangsapuri ukm taman tenaga.

Alhamdulillah,semuanya baik-baik sahaja.Yang paling baik,kami dapat menunaikan solat maghrib berjamaah setiap hari.Kalau kerja-kerja rumah tu,aku beritahu siapa yang sempat,harap dapat ringan2kan tangan.Yang penting MESTI BERSIH DAN KEMAS!(Heheh,aku duduk dgn budak2 ni, macam mak mereka pulak!Asyik membebel je!k,lahhh..dah seminggu ni,tak nak membebel lagi.STOP!)

Ajid kata "ini peluang inah,pengalaman mcm mana duduk satu rumah enam orang.Mcm mana inah nak handle orang-orang dalam rumah.Mcm mana nak hidup dengan orang-orang yang ada pelbagai karakter.Pergi balik naik bas!Rasa susah naik bas.Tengok inah boleh survive tak?this is experience!tak boleh beli tapi dilalui!"

Ohhhh..naik bas kat sini...boleh buat aku mcm nak pitam.sesak..dan LAMBAT!Kadang satu jam baru bas sampai!pertama kali travel sendiri naik rapid KL (sabtu lalu) untuk ke Library, DAHI AKU BERKERUT ,"eh..orang-orang ni,tahu naik bas ke tak ni?"kata aku dalam hati dengan penuh kemarahan. Tunggu bas nak dekat satu jam...kemudian bas penuh,tak cukup yang naik pintu depan,naik juga kat pintu belakang.sampai tak beri peluang aku nak turun dari bas! sampai aku terpaksa cakap kat orang2 yang nak naik tu: "Kasi kita turun dulu,baru awak boleh naik!""

Amboi!!!beraninya!Lahhh...kalau keadaan dah terdesak,semua benda kita berani!!!itu hakikat.Tapi yang penting KITA NAK BELAJAR DARI PENGALAMAN...menjadikan, pengalaman sebagai satu iktibar,agar kita lebih menjadi orang yg bersyukur.(bersyukur menjadi rakyat singapura!!)

Bila aku cerita kat adik2 ni pengalaman aku naik bas awam sendirian pergi PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang), ada adik yang tersenyum dan berkata :"akak janganlah cerita kat orang s'pore psl bas kat sini..ceritalah yang baik2,ye?" hehheeh....aku kata: "Bercerita tentang pengalaman kita itu penting,sebab itu menunjukkan sejauhmana kita mampu survive dgn keadaan."

Dan aku pasti...banyak lagi perkara yang bakal aku lalui...
Ya rabb, aku mohon dikuatkan hati ini
biar setiap kali aku bergerak
setiap kali itu juga bertambah kekuatan diri

Dan yang palinh pasti..AKU SEDANG RINDU!!!

14 July, 2007

Semalam ketika kami serumah sedang makan tengah hari berjamaah,timbul soal anak oleh adik2 serumah.Aku tersenyum,topik itu dibuka krn Rabithah sudah ada seorang anak comel di bawa ke fakulti tempoh hari. Semua itu membuat aku kembali membaca penulisan aku, di blog friendster.Airmata aku mengalir tapi Aku masih tersenyum. Senyum manis bersulam pahit!

*************************************************************
Memetik ungkapan kata penulisan ku di blog ini pada tajuk -
Ada apa pada anugerah dekan?:

Hakikatnya semakin hari aku semakin haus dengan ilmu, semakin hari aku semakin gelisah untuk tiba ke tahun akhir pengajian. Kerana aku belum puas! Aku masih lagi ingin di bimbing untuk ilmu, masih lagi ingin bergelumang dengan buku. Biarlah orang lain jemu…tapi hatiku tetap rindu

Benar… HATIKU TETAP RINDU!!

Aku kembali menghitung usia.. ia semakin meningkat ke angka yang lebih besar. Adakah berlaku pembaziran usia di dalam hidup ini? Rasanya tidak…dalam satu fatrah, aku berada di alam rumah tangga, dalam masa yang sama hidup di dunia pembelajaran, terjun juga ke bidang dakwah, kadangkala masuk pula ke bahagian psikologi, tiba-tiba pula sibuk dalam bidang penulisan,.pendek kata, dalam satu fatrah banyak perkara yang aku lakukan. Dan kesemua perkara yang aku sebutkan dan yang tidak disebutkan… memerlukan kepada satu komitmen yang tinggi, kerana dalam hidup aku tidak ada perkara yang aku lakukan dengan saja-saja tapi pastinya bagi memberi manfaat kepada diri dan manusia lain.

Seterusnya ia membuatkan aku terkenang kembali kata-kata seorang ustazah kepada ku:
“Sakinah, ada anak satu dulu pun tak pelah, lepas tu baru amik master!” Subahanallah, Allah belum mentakdirkan aku untuk terjun ke bidang ‘mendidik diri menjadi ibu mithali’. Tidak pernah sekali aku menyentuh tentang anak didalam setiap penulisan aku. Rasanya inilah pertama kali aku menulis perkataan ‘anak’, untuk diri sendiri. Mak juga selalu kata: “Bila nak ada baby. Kalau ada ,kan mak boleh jaga”, hai senangnya mak cakap, sekarang belum ada bolehlah mak cakap macam tu, nanti bila dah ada macam–macam alasan pula yang mak nak bagi. Bukan aku tak kenal dengan sikap mak. Ramai juga selalu kata kepadaku: “kak sakinah bila lagi?” Selalunya apa-apa sahaja persoalan yang ditimbulkan oleh orang tentang anak kepada aku, aku hanya tersenyum dan berkata “Belum ada rezki. Insya Allah satu hari, adalah”.

Pada awalnya, memang agak tertekan. Aku jadi manusia murung dan memikirkan kata-kata orang terutama sekali keluarga. Tapi mujurlah, aku adalah seorang yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan semangat diri yang begitu tebal, aku bangkit dari kemurungan dan meneruskan hidup macam biasa. Menerima setiap persoalan yang dilontarkan kepada ku tentang anak dengan penuh positif tidak lagi sensitive. Aku menjadi manusia yang berlapang dada, bila membincangkan tentang anak. Walau bagaimanapun perlu aku tekankan bahawa aku juga wanita biasa yang punya naluri yang halus dan mudah tersentuh, semua itu mungkin tak mampu aku hadapi dengan berani dan tabah tanpa ada kekuatan diri yang begitu tinggi. Untuk membina kekuatan diri ini sebenarnya bukanlah mudah dan cukup menguji kesabaran dan kekuatan perasaan seorang perempuan yang sudah berumahtangga seperti aku.

Hingga mak juga ada menyuarakan padaku “Sampai bila kakak nak belajar. Kakak tak fikir ke nak ada anak!” aku ulang sekali lagi ‘hatiku tetap rindu’. Katakanlah apa pun, namun untuk aku berganjak dari laluan ilmu ini, tidak sekali. Walau ditakdirkan aku sudah mempunyai anak sekalipun, akan aku lalui jalan ilmu ini dengan anak-anak itu, biar mereka bersama berada di medan perjuangan dengan ku untuk merawat rindu yang tidak pernah lekang di hati ini kepada ilmu. Biar mereka juga turut bersama-sama merasai betapa manisnya perjuangan belajar untuk menegakkan agama Allah.

Siapa kata aku tidak fikirkan tentang anak, siapa kata aku tidak mahu adanya insan ketiga yang digelar ‘penyejuk mata, pengarang jantung hati bonda dan ayah’ di dalam percintaan kami, siapa kata aku ini akan terus menghambakan diri ku dengan dunia pembelajaran dan siapa kata aku tidak rindu untuk menggenggam jari jemari anak kecil yang aku lahirkan sendiri…..hakikatnya aturan Allah itu cukup indah. Aku tidak mahu mempersoalkan semua itu, kerana Allah s.w.t telah mengaturkan yang lebih baik untuk aku.

Ya Allah
Kau takdirkan kakiku memijak bumi ini (UKM),
agar aku lebih tenang..
lebih damai..
lebih melihat betapa agungnya kekuasaan Mu
lebih menjadikan tali pergantunganku pada MU
semakin kukuh dan utuh
tidak ada tempat pergantungan yang lebih aula yang aku cintai
melainkan pergantungan ku dengan tuhanku yang satu.
Biar kan hati ini terus rindu
Rindu dalam merindui ilmu Mu
Moga aku mati di dalam laluan ini
Menjadi syuhada’
Tika menegakkan agamaMu
Tika menjunjung tinggi kalam Mu
Biarkan rindu itu terus hidup di hati ini….


Aku bersyukur kerana ditakdirkan bercinta dengan suami yang tidak jemu-jemu meniupkan semangat untuk terus berjuang di laluan ini. Tika aku dibelenggu hampa dan jemu, dia juga yang mengatakan: “belajar kerana Allah dapat pahala”. Dari situ, aku simpulkan: belajar kerana Allah usah diselit rasa jemu..belajar kerana Allah jangan di lafaz kata hampa!

Pada Ajid pernah ku coretkan:

Di dalam perkahwinan ini ada lebih, ada kurangnya
Maafkan diatas segala kekurangan
Bersyukurlah diatas segala kelebihan
Moga ajid faham
Hati ini sentiasa hidup
Hidup untuk berjuang demi agama Allah
Hidup untuk terus berada di jalan Allah…


Ya Allah ,takdirkanlah yang terbaik untuk kami…moga cinta dihati kami sentiasa dibelai kasih dan sayang Mu..agar kami terus menjadi suami isteri yang sentiasa sujud dan bersyukur diatas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan.

Aku sendiri sedang berjuang
Antara cita-cita dan perasaan
Antara harapan dan impian
Menahan sakit rindu yang mendatang
Mengumpul sabar yang sering berkurang
Mengharap redha pada sebuah perpisahan dan perjuangan.


(ungkapan rasa ini dicoret sebaik sahaja pulang dari peperiksaan al-amthal dalam al-Quran dan al-Sunnah. Selesai penulisan pada jam 4.30 petang)

C untuk Cinta!

Saat jari-jemariku menari di papan kekunci ini, jam menunjukkan pukul 10.25 malam. Bosan!Aku yakin, bukan aku seorang sahaja yang bosan, malah semua ahli rumah ini. Di ruang tamu, Azizah dan Hani sibuk di depan laptop Suzana, entah apa yang dinyanyikan kat depan laptop itu, Suzana pula sedang asyik baca novel Pudarnya Pesona Cleopatra (sebenarnya aku yang cadangkan novel itu padanya), Faridah pula baru sahaja pulang dari mana pun aku tak pasti, Nurul tidur bilik Isma malam ini, dan aku….baru sahaja selesai menelaah nota Kajian Perbandingan Kitab Hadith. Di apartment taman tenaga ini tidak ada internet yang boleh menghubungkan aku dengan dunia luar. Sepi! kalau nak surf internet terpaksa bawa laptop ke kuliah. Aduiii..heret laptop ke sana..kemari. Letih aku dibuatnya!

Ketika aku termenung melihat novel Tautan Hati yang belum lagi kumulakan pembacaannya, aku teringatkan dialog yang aku ucapkan kepada seorang adik, beberapa hari yang lepas.

“Cinta kita untuk Allah. Cinta kita layak diberikan sepenuhnya kepada Allah. Bukan kepada manusia. Jangan kerana cinta kepada seorang lelaki, kita lupa semua itu!” Tegas aku kepada seorang adik yang baru putus cinta.

Dalam hati ada cinta! Siapa yang berani menyangkal. Cinta itu indah..semua orang ingin dicintai dan mencintai. Bahkan cinta itu sendiri terlalu luas untuk didefinisikan, kadangkala terlalu abstrak untuk dimengertikan. Ia hadir tanpa dipaksa…dan ia mampu kekal sampai bila-bila!Derita bertukar bahagia.Kesepian terisi dengan kehadiran si dia. Cinta juga selalu membuat orang yang jatuh cinta tersenyum lebar hingga ke telinga. Yang pahit jadi manis, yang hempedu pun boleh jadi madu. Wahh!hebatnya cinta. Cinta mempunyai kuasa luar biasa, bagai sihir yang memukau manusia!!

“Tidak semestinya perkahwinan itu perlu didahului dengan cinta, tidak semstinya ia perlu dimulai dengan bercouple. Sebenarnya perkahwinan yang berkah adalah perkahwinan yang tidak dibajai dengan zina hati. Itu lebih mendapat keredhaan tuhan. Percaya cakap akak!!” Pujuk aku lagi saat tangisannya hampir memenuhi ruang bilik tidurnya.

Makan tak kenyang, tidur tak lena, pendek kata hidup segan mati tak mahu!!!Itulah keadaannya. Moga Allah memberi hidayah kepadanya dan tetap hatinya untuk berada di landasan ilmu ini. Allahumma Amin.

Kadangkala aku menjadi pelik. Ramai gadis takut tak kahwin, ramai yang risau jadi anak dara tua, sebab itu ramai yang bimbang bila diri belum lagi ‘berpunya’! Atas sebab itu juga, ramai yang tidak kisah siapa sahaja yang datang mengisi kekosongan hati! Asalkan ada CINTA itu sudah mencukupi!!!

Pelik.Waktu bercinta memang semuanya indah belaka. Itu tak kisah..ini tak kisah..itu tak pe..ini takpe…buang emak buang saudara kerana sayang yang diturutkan, buang maruah buang agama kerana cinta nak dipertahankan. Aku geleng kepala..kadang2 sakit kepala! Mmm….belum berumahtangga belum tahu…nanti sudah berumahtangga baru tahu…CINTA ke segala-galanya???

Waktu itu baru sedar, ADA APA DENGAN CINTA??

Aku termenung lagi.

Mana mungkin untuk aku menghalalkan apa yang haram? Hubungan hati yang terikat kukuh hingga tidak mahu memberikan sedikit ruang pada cinta Ilahi,patutkah aku sokong? Cinta yang Allah cipta didalam hati manusia untuk digunakan ke arah yang halal..bukan yang haram. Malang…cukup kasihan, apabila anak-anak pengajian Islam sendiri sudah tidak dapat membezakan cinta halal dan cinta haram. Aku bukan menghukum.Aku bukan membuat konklusi kerana emosi..tetapi inilah hakikat. Hakikat inilah yang membuat aku sering susah hati…membuatkan aku sering mengingatkan adik-adik yang aku kasihi…”Cinta yang halal antara lelaki dan perempuan adalah cinta di alam perkahwinan. Muslimah yang takut pada Tuhan tidak sekali-kali berani mencampakkan cinta lelaki ajnabi ke lautan hatinya.”

Allahumaghfirli…

[12 July 2007, Pangsapuri Taman Tenaga UKM/201]

06 July, 2007

Aku masih di depan laptop,menaip jadual untuk semester baru.Ajid dah lama di buai mimpi.PENAT....ye,aku penat,Ajid pn penat.Perjalanan dari Singapura ke Bangi memenatkan kami.Maklumlah kurang rehat. Aku mcm nak pengsan..ingin ku cuba bernafas tenang,tp fikiran ini masih ingin memikirkan..dan masih ingin terus menggambarkn.Menggambarkan..bagaimana kehidupan aku di UKM sem ini??Pelbagai persoalan..pelbagai sangkaan yang bermain di dalam diri.

Mula sem ini, kami pelajar-pelajar senior UO (Ungku Omar) perlu menetap di luar UKM. TAMAN TENAGA.Perlu naik bas,keluar untuk ke Fakulti satu jam lebih awal,jauh dari library...mmm dan satu rumah 7 orang!!!!

Pada awalnya,aku agak keberatan...aku geram,semangatku hampir luntur!Tapi...aku akhirnya sedar...dalam berjuang tidak pernah menjanjikan kesenangan...jgn berbicara ttg perjuangan, andai diri masih tidak mahu menerima kesusahan. Aku malu pada diri...kerana jika mengenangkan ulama dahulu kala...mampu menuntut ilmu walau terpaksa berjalan beribu batu..mereka MAMPU MENJADI HEBAT,KERANA KESUSAHAN YANG MEREKA TEMPUH!!Aku???baru di uji dgn dugaan ini,sudah mahu menarik wajah masam..sudah mula nak merugut macam-macam...Astaghfirullah

"Jgn lupa utk apa kau belajar...jangan lupa tentang niat dan tujuan yang telah lama kau semai,sakinah"

Hidup tiada erti...tanpa keikhlasan di dalam perjuangan
Tuhan itu maha adil
mendidik hambaNya denagn pelbagai cara
terpulang pada diri..mencari hikmah diatas ketentuan
terpulang pada diri..menggali rahmah diatas setiap yang ditakdirkan
Ya Rabb...
kurniakanlah padaku kekuatan
melalui laluan ilmuMu
Ampunkan aku
tarbiyahlah aku andai aku tersasar
bimbinglah hati ini
untuk menjadi hambaMu yang hidup penuh redha dan taqwa...

04 July, 2007

2 Julai akhirnya tiba juga...
Selesai Latihan Amali dan Industri (LAI),Alhamdulillah.
Sedih juga nak tinggalkan MDG
Terima kasih kepada MDG
Moga ukhwah yang terjalin..terikat kukuh atas dasar iman dan taqwa



Sijil Penghargaan Dari Pihak MDG




Hadiah daripada Corporate Services Department (CSD). Terima Kasih!!