01 June, 2007



Pada 26 dan 27 Jun yang lalu aku telah bersama-sama akhawat madarasah Alsagoff mengikuti program Qiyamullaill yang merupakan program tahunan madarasah alsagoff al-Arabiah. Hampir sekian lama kakiku tidak menjejakkan kaki ke madrasah. Seingat aku semenjak aku memulakan pengajianku di UKM. Sejak itu aku tidak punya kesempatan untuk menjenguk ke madrasah. Alhamdulillah, pada sabtu yang lalu aku sempat-sempatkan juga diri ini utk hadir ke madrasah walau terpaksa berkejaran dari mesyuarat camp Explore dengan fityan darul Ghufran. Bila kakiku menginjak masuk ke ruang pejabat madrasah, aku di berikan sambutan yang cukup meruntun perasaan, sambutan yang hangat dari mudirah, cikgu Katijah dan para asatizahnya, sambutan yang membuat aku berkata di dalam hati…aku akan kembali ke sini! Semuanya baik-baik belaka. Semuanya masih ramah dan mesra seperti dulu. Alhamdulillah.

Usrah

Program bermula dengan menunaikan solat zohor berjamaah. Tapi aku terlewat dan solat zohor berjamaah tidak aku saksikan. Aku masih ingat saat kakiku melangkah masuk ke dewan oditorium madrasah, setiap mata yang bertelekung lengkap melihat kearahku dan secepat itu juga kedengaran suara riuh berbisik-bisik. Pasti…adik-adik itu membicarakan tentang aku!!!

Kerana ramai yang sudah kenal, ada diantara mereka adalah anak muridku semasa di pusat tahfiz singapura (ya..mereka sudah meningkat remaja…mereka sudah besar-besar belaka, sedangkan dulu mereka masuk ke PTS baru sahaja darjah dua dan satu, baru sahaja darjah enam dan menengah satu tapi sekarang ada yang sudah darjah lima, ada yang sudah darjah enam..malah ada yang sudah di tahun akhir pengajian…masa cepat benar berlalu! Aku akur…usiaku semakin meningkat dewasa..aku semakin menuju ke gerbang alam dewasa!!!)


Qiyam kali ini bertemakan Remaja, aku tersenyum, kerana aku suka remaja, kerana mungkin aku masih ingin jadi remaja atau mungkin kerana ramai yang kata aku macam remaja? heheh subhanallah.



Program Qiyam yang diadakan di dewan Madrasah Alsagoff


Ceramah pertama iaitu kuliah zohor disampaikan oleh Ust Jazair Jumaat bertajuk “Remaja dan Peranannya”. Selesai kuliah, makan petang. Masa makan petang ini, aku benar-benar terharu kerana banyak tangan-tangan yang menghulur kepadaku utk bersalaman…bertanya khabarku…dan yang membuat hatiku runtun..aku masih digelar sebagai “ustazah”!! Subhanallah…semuanya mengingatkan kenangan-kenangan indah dan manis, semasa aku bertugas di Masjid Kampung Siglap, itulah masjid yang memulakan sejarah hidup ku menjadi manusia yang dihormati sebagai ustazah, tempat yang mematangkan diri, tempat aku mencari rezki, tempat aku menambah ilmu dan pengalaman diri, tempat aku bertemu kekasih hati, segalanya bermula disana. Pahit, manis, indah dan menyakitkan, ada disana…masih terkesan dihati ini. Paling berkesan..adalah ukhwah yang terkait kukuh antara aku dan murid-muridku. Hingga kini, kami masih memerlukan antara satu sama lain…masih mengingati dan merindui, walau dimana aku dan mereka berada. Inilah yang dinamakan bertemu dan berpisah kerana Allah!.

Berbalik kepada usrah, petang itu aku memimpin sebuah kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1-4. pada pendapatku usrah itu agak kurang berkesan kerana semua kumpulan usrah duduk berdekatan, suasana bising dan hingar-bingar..namun alhamdulillah..aku mampu membuat kumpulan usrahku tersenyum dan focus dengan apa yang dibincangkan.aku berjaya menarik minat mereka..utk menjadi diantara kumpulan yang kuat suaranya…akibatnya aku terpaksa berlawanan dengan kebisingan, suaraku terpaksa kukuatkan sehingga setiap ahli usrah dapat mendengar…respon mereka baik…walaupun aku yang terpaksa banyak bercakap.Sebolehnya aku mahu mereka yang bercakap..bukan aku..tetapi dengan keadaan yang sedemikian…aku perlu beralah!Yang penting ahli usrahku merasa selesa..dan mereka tersenyum bila memandangku…


Ustaz Hafiz Rapiee yang melucukan


Malam melabuhkan tirainya…

Kami makan malam bersama…suasana kecoh seketika. Aku dan dua orang anak muridku yang mana keduanya adalah bekas pelajar madarasah alsagoff iaitu Adilah dan Liyana (bahagia bertemu mereka, bahagia kerana pertemuan di program qiyam itu, bukan sekadar pertemuan utk menghadiri qiyam tetapi banyak perkara yang dapat ku kongsikan dengan mereka, namun banyak persoalan yang mereka lontarkan kepadaku terpaksa kujawab sesederhana mungkin walau aku ingin mengupas dengan lebih banyak lagi, tetapi keterbatasan waktu dan ketidaksesuaian majlis membuat kan aku menghalang diri utk terus berbicara dan mengupas panjang lebar), kami memberi laluan kepada kesemua pelajar darjah lima hingga menengah empat mengambil makanan mereka. Kami adalah yang terakhir mengambil makanan. Akhirnya kami lewat menghabiskan makan…Adilah mendahului kami, kerana dia perlu emngambil wudhu’,sementara aku dan liyana masih lagi menikmati makan malam.

Tiba-tiba kulihat imam dan penceramah undangan sudah tiba di perkarangan madrasah. Seorang ustaz pun tidak turun utk mennyambutnya. Ustaz undangan itu ialah ustaz Hafiz Rapiee, dia melihat tiada orang yang menjemputnya lantas sambil tersenyum kepadaku dia perlahan-lahan menuju ke tempat aku dan liyana.

Aku tidak tentu arah. Aku menyuruh liyana menyambutnya..tetapi liyana tidak mahu, lagipun dia malu dan tangannya masih ada makanan. Aku melihat tanganku…alamak, tangan aku pun ada makanan? Mcm mana eh? Membuat dia menanti sambil tersenyum kepada ku, menjadikan aku berasa kurang senang. Bimbang apa katanya, dijemput sebagai penceramah undangan, tapi tidak seorang pun yang muncul utk menyambutnya dan membawanya kemana yang perlu ditujunya. Aku melihat ke tingakat atas. Ada dua asatizah wanita diatas..lalu aku mengatakan pada ustazah “Ustaz, dah sampai!”, tapi malangnya ustazah itu hanya menjawab “ustaz dah sampai…yelah!”. Aku nekad, mahu tak mahu…aku takkan biarkan dia menunggu…dengan tangan yang masih kotor belum bercuci, aku menjemputnya naik ketingkat dua dan membawanya bertemu dengan ustazah. Aku sempat kata padanya “Afwan ye, ustaz. Tangan ana kotor…sedang makan” (dalam hati kata..”malunyerrrrrrrrrr akuuuuuuu!!!!” tapi tak mengapalah…daripada aku suruh Liyana, kesian pula pada dia). Dia tersenyum pada ku dan menjawab “eh..tak pe..tak pe”.

Apapun…bacaan al-Qurannya memang mantap!membuatkan hatiku kembang, jiwaku bergetar…ceramahnya juga mantap!!menghiburkan..membuat semuanya terhibur! membuat dewan alsagoff riuh dengan tawa!! dia berjaya memikat hati adik-adikku, utk terus menadah telinga mereka pada ceramahnya. Banyak kisah benar yang dikongsikan bersama, pandai benar dia bercerita. Subhanallah, pada usia semuda 27 tahun…dia sudah secemerlang itu. Allahu zawwijhu zaujatan solihatan..moga dia menjadi semakin cemerlang..didalam dakwah fisabilillah.Amin. Nanti bila usiaku 27 tahun…mungkinkah aku seperti dia? (aku ingin melihat dia berceramah lagi…kerana itu pertama kali aku melihatnya berceramah)


Tidur


Waktu tidur waktu cukup merumitkan.entah kenapa dengan adik-adik Alsagof ni?nak tidur pun kena dipaksa, terpaksa dipekik, terpaksa dimarah. Tak sampai hati aku melihat ustazah Sapiah dan ustazah Damawiyah menguruskan budak-budak itu. Dalam hati kata “aku perlu Bantu!” Tidak cukup dengan tinggian suaraku, aku perlu gunakan mikrofon utk memujuk. Awalnya semua tenang, ustazah semuanya meninggalkan kami..tapi akhirnya bising kembali. Masa semuanya sepi, tak sampai satu jam rasanya…aku ,Liyana dan Adilah tidur diatas pentas!wow!tidur atas pentas tau!jgn main-main!heheh..tapi yang pasti kami bertiga tak lena tidur. Lantaran suara-suara yang memecah keheningan dewan, meminta akhawat yang lain agar tidak membuat bising. Aku tak kuasa nak masuk campur..aku cukup letih..marah ada..nak ketawa pun ada. Mmm…budak-budak ni..apa nak jadi ni?!


Ceramah Remaja Dan Cinta


Seorang pelajar sedang khusyuk memimpin bacaan zikir munajat


Solat malam pada hari itu diimamkan oleh ustaz Jamaluddin. Beliau merupakan imam eksekutif masjid Darul Ghufran tempat aku sedang menjalani praktikal sekarang ini. Selesai solat subuh berjemaah, ustaz memberikan ceramah yang bertajuk “remaja dan cinta”.tajuk ini menarik sekali bagiku..tetapi sayang, mungkin kerana ustaz terlalu sibuk, beliau tidak dapat menyediakan bahan yang menarik utk ceramahnya, apapun aku tahu, dia sudah cuba sedaya mungkin utk menyampaikan tajuk itu.


Muhasabah Diri


Sedari awal aku mengikuti majlis ini, dapat aku rasakan ia tidak memberi kesan pada para pelajarnya. Sebenarnya, apa yang hendak ditarbiyahkan? kadangkala ia menjadi terbiar lantaran tidak ada follow up selepas program selesai. Bangun qiyam menunaikan solat malam, umpama satu program paksaan yang wajib dituruti kerana itu adalah perintah madrasah. Akhirnya pelajar lebih menjadi muqallid (yang mengikut buta tanpa mengetahui atas dasar apa perlu beribadah) tapi yang seharusnya, pelajar madarasah perlu menjadi muttabi’ (yang melakukan sesuatu kerana ilmu dan dapat membezakan mana yang betul dan mana yang tidak).

Namun program qiyam sebegini, mungkin mampu menjadi langkah awal bagi para pelajar utk mentarbiyah diri utk bangun disepertiga malam, itupun seandainya pelajar itu ingin mengaplikasikan solat malam dalam diri. Namun, aku yakin dalam berpuluh-puluh pelajar,mungkin hanya kurang daripada sepuluh yang benar-benar ingin mendidik diri. Jadi, apakah cara kita bagi mengubah malam qiyam hingga berkesan dalam hati? Sekilas aku teringat hari-hari qiyamullail di maahad tahfiz melaka, tidak ada satu hari pun kami qiyam yang tidak diakhiri dengan airmata!apakah kerana kami pelajar tahfiz..kerana itu kami mengalirkan air mata?(tapi aku yakin tidak)munajat kami, zikir kami, solat kami malah doa penutup kami,segalanya beriringan dengan airmata.

Qiyam adalah malam utk menangis!itu yang aku tegaskan pada adik-adikku yang tidak dapat berqiyam pada malam itu. Aku dengan tegas mengatakan “malam ini adalah malam airmata..malam utk menangis kerana Allah s.w.t!maka menangislah kerana takutkan Allah. Seandainya kita tidak pernah menangis keranaNya..seandainya kita jarang-jarang menangis keranaNya, ini adalah malam utk mentarbiah hati kita utk menangis!Mulakanlah disini”

Sebenarnya Aku berbangga andai madrasah berjaya membuat mata pelajar-pelajarnya mengalirkan airmata! pasti aku mengangkat tangan penuh hormat dan takzim,andai madrasah berjaya meninggalkan kesan di hati-hati pelajarnya dengan program qiyam itu! namun…aku sedikit hampa hingga program selesai. Tetapi aku berasa berjaya kerana menumpahkan airmata beberapa pelajar…mungkin mereka terkesan dengan kata-kataku..mungkin mereka terkesan dengan gaya penyampaianku. tidak kisahlah atas dasar apa pun mereka terkesan. Yang penting…malam itu mereka menangis kerana hati mereka menyedari betapa diri adalah hamba Allah yang tak layak bongkak malah perlu terus menyemai taqwa perlu teguh pada iman dan islam.

Moga tarbiah pada program qiayamullaill tidak seterusnya menjadi program yang ‘menterbiarkan’ erti menyemaikan taqwa dan melatih hati-hati yang masih muda merindu mengalirkan airmata utk maha pencipta, Tuhan rabbul ‘izzati.


Aku rindu pada malam itu
malam cukup sunyi sepi
mengadu apa yang tersembunyi di hati
menagih simpati agar dibelai kasih
melafaz rindu meluah hasrat kalbu
mengusik jiwa dalam syahdu
moga tiap malamku adalah malam itu
malam bersendiri bertahajjud pada ilahi.

0 Comments:

Post a Comment