08 June, 2007

Malam ini...

Malam ini..aku tiba-tiba dilanda kebosanan…
Dibalut kesayuan
Ditemani kesepian

Mungkin aku terlalu letih
Kepalaku terlalu padat
Mungkin aku perlu berehat

Tapi ustaz Asmadi selalu kata:
“rehat dekat kubur…”
Ustaz Asmadi….mmmm,tiba-tiba airmata bergenang..
Mungkinkah aku sebenarnya sudah rindu…
Rindu pada ustaz…
Rindu pada cahaya keimanan di wajahnya.

Semua itu mengingatkan aku pada 4 bulan yang lalu
Telinga berdesing bila terdengar orang kata
“asyik jumpa ustaz Asmadi je..”
Hati sabar bila ada kata:
“akak kan baik dengan ustaz, apa salahnya tolong saya minta/tanyakan…”
Jiwa rasa terhina bila ada orang mengusik:
“tak baik…suka kat ustaz..akak kan isteri orang”

Ya Rabb…kata-kata apakah semua itu?
Mungkin orang tersalah faham
Mungkin orang tersilap tafsiran
Aku masih tahu siapa aku
Aku masih sedar statusku sebagai seorang isteri
Usah mengata aku sedemikian rupa
Saat suamiku menjadi penggalak agar aku sentiasa bertanya pada ustaz
Hati orang lain berbisik sebaliknya, bila melihat keakrabanku dengan ustaz
Hanya Ajid yang faham
Hanya Ajid yang tidak tersilap tafsiran
Hatiku puas saat dapat menemukan ustaz dan Ajid sebelum pulang ke Singapura
Hatiku bersyukur saat Ajid dapat berbual panjang dengan ustaz tentang diriku

Yang paling aku segan dan rasa ingin menumpahkan airmata
Ustaz TERLALU MEMUJI
Dipujinya aku di depan Ajid
Diceritakan tentang aku yang BAIK-BAIK pada ustaz Arif
Ya Rabb…saat pujian ustaz melambung tinggi
Aku terasa semakin kerdil dan ingin menyembunyikan diri
Siapalah aku?
Ingin sahaja aku katakan pada ustaz:
“saya manusia biasa, usah dipuji sedemikian rupa..
saya malu pada pencipta..kerana mungkin pada pandanganNya
saya tidak sehebat mana”

mmmm….aku terfikir pula tentang belajar
sudahkah aku nekad untuk teruskan ke peringkat Master?
Jauh di sudut hati ini teringin ke bumi Anbiya’
Tetapi,jawapannya pasti tidak mungkin
Walaupun ustaz Asmadi terlalu yakin mengatakan:
“Sakinah BOLEH masuk Ummul Qura!!!Buat master di Makkah!”
Andai sahaja aku diberi peluang yang begitu luas,
Aku tidak mahu teragak-agak untuk menyambutnya.
Tapi, pergerakanku amat terbatas!!
Aku katakan pada Ajid:
“inah nak belajar kat Makkah lepas ni.Ajid teman inah?”
Ajid jawab:
“Kalau Inah nak, Inah pergi sendiri,Ajid xle tinggalkan mak n abah ajid.Mereka dah tua…siapa nak jaga?”
Aku pergi sendiri?di tempat sejauh itu?
Tinggalkan Ajid sendiri?berpisah bertahun-tahun?
Mana mungkin!
Aku tidak mahu terlalu mementingkan diri sendiri!
Aku seorang isteri…
Selalu orang kata : isteri tempatnya disisi suami.
Tapi, aku berbeza…
Aku memilih untuk tidak selalu disisinya
Dan ajid tidak pernah menghalang untuk aku jauh darinya
Ajid senang lihat aku berjaya
Ajid suka lihat aku terus mencapai cita-cita
Malah Ajid adalah orang pertama yang membakar semangat diriku agar terus menyala!

Ramai kata, Aku bertuah!
Benarkah?(aku tersenyum)
Tuah aku, hanya Allah yang tahu

Mmmm…
Rasanya malam ini,aku menaip ikut kata hati
Mungkin kerana sepi

Hati ini sepi..sesepi malam ini
Tiada senyum penghias diri
Tiada ceria mewarnai hati
Duhai jiwa jangan terus begini
Moga tidurku dibuai mimpi dari ilahi
Moga bangkitku nanti ada sinar seindah suria pagi.
(Kata-kata ini ditulis pada malam 20 April 2007)



Tak sabar menanti Julai...
untuk pulang ke bumi UKM!



(merindui teman-teman seperjuangan-sekadar gambar hiasan)

0 Comments:

Post a Comment