05 June, 2007

2-3 JUN 2007

Pada 2 Jun yang lalu aku telah menghadiri majlis khatam dua orang anak muridku Nadiah dan Nadrah (mereka adalah adik-beradik). Sayang sekali majlis itu hanya dihadiri oleh 3 orang rakan mereka dan selebihnya adalah beberapa orang ahli keluarga mereka. Kebanyakan rakan-rakan mereka yang lain terpaksa hadir pada waktu petang kerana pagi itu mereka perlu menghadiri program di sekolah mereka. Majlis itu juga merupakan majlis kesyukuran yang dibuat khusus untuk Nadiah yang bakal melanjutkan pembelajarnnya di KIPSAS. Moga Nadiah berjaya di dalam pengajiannya dan berjaya juga mendidik dirinya utnuk menjadi hamba Allah yang meletakkan TAQWA melebihi segalanya. Allahumma Amin.


Nadiah N Nadrah


Setelah menghadiri majlis itu, aku dan suami singgah di Tanjong Katong Kompleks. Setelah penat berjalan akhirnya kami pulang dengan tangan kosong, kerana apa yang dihajati tidak ditemui.

Petang itu, aku sempat pulang ke rumah, menyalin pakaian untuk menyertai program KPR (Kelas Peningkatan Remaja Masjid Darul Ghufran) yang akan diadakan di Masjid al-Firdaus. Walaupun sebenarnya,aku berasa agak kurang sihat pada petang itu, tetapi aku gagahi jua diri ini untuk meneruskan niat program Qiyam untuk para peserta KPR itu.

Sampai di Masjid Darul Ghufran, aku agak terkejut bila dikhabarkan oleh ustaz Ahmad bahawa program Qiyam nanti ada night walking. Eh!ni nak buat camp ke..Qiyam? Aku kata dalam hati. Tapi..apa-apapun…semuanya tidak menjadi masalah besar bagiku. Siapa kata dengan jubah aku tak boleh nak berjalan jauh…jubah bukan penghalang!!heheh..

Apapun…ia merupakan pengalaman yang berharga. Saat yang menyentuh perasaan, apabila aku mendengar esakan demi esakan daripada mereka di dalam program ‘Wasiat’ yang dikendalikan oleh Ustaz Jamaluddin. Sungguh Mereka berhati lembut,Ya Rabb. Perasaanku menjadi bertambah runtun, apabila aku menghulurkan tisu kepada mereka di dalam suasana yang hanya berlampukan 3 batang lilin. Aku turut sama mengalirkan air mata. Jelas dihati mereka punya rasa bahawa mereka adalah anak-anak Islam, yang perlu tunduk dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Setelah program yang penuh airmata itu, mereka dibawa berjalan dari masjid al-Firdaus ke perkuburan Islam pusaraman. Perjalanan yang jauh itu amat memenatkan. Suasana bertukar menjadi gerun..kegelapan malam menyaksikan kami berada di perkuburan…

Ada diantara fatayat yang tak mampu untuk masuk lebih jauh ke dalam kawasan perkuburan yang dihiasi kegelapan itu, telah dibawa untuk dekat bersamaku…genggaman tangan mereka yang ketakutan menggengam erat tanganku terasa hingga ke hati ini. Mereka ketakutan,takut sangat-sangat…dua diantaranya berkata kepadaku “I can’t, ustazah”. Tiba-tiba aku berasa bimbang….aku bimbang jika lebih lama mereka berada disitu, berlaku perkara buruk yang aku tidak ingini, kemungkinan mereka boleh pengsan, atau kemungkinan mereka boleh diserang hysteria..dan pelbagai lagi kemungkinan.Tapi alhamdulillah…bila ust Ahmad kata, “Budak perempuan dah boleh balik!”, aku menghembuskan nafas lega!. Kerana itulah yang sebaiknya. Sebenarnya itulah pertama kali dalam seumur hidupku aku menjejakkan kaki di perkuburan pada waktu malam…eh..bukan malam tapi pagi, seingat aku jam 2 pagi!!! Masya Allah…nasib baik aku, okey!! kalau tak..silap-silap aku yang nangis dulu agaknya..hehehhe

Yang penting, pada hari itu, aku semakin menjalin ukhwah dengan fityan dan fatayat Darul Ghufran, mengenali mereka dengan lebih dekat, dan menyertai kehidupan mereka dengan penuh kemesraan..mereka ada keistimewaan dan kekurangan…seperti juga diri ini, ada keistimewaan dan kekurangan..sungguh manusia itu tiada siapa yang sempurna. Rabbi Yassir walaa tua’ssir….



Fityan





wajah-wajah fatayat...





Ust Irwan Shah sedang membuka tirai untuk para pelajar KPR membuat presentasi mengenai bagaimana teknologi memperkenalkan Islam.



Sebelum berangkat ke perkuburan Pusaraman



Ustaz Ahmad memeriksa senarai nama peserta



pulang dari kubur..penat!penat!




Ust Jamaluddin




Pagi yang mengantukkan!!!kita semua sedang tunggu budak lelaki bangun tidur!!




Program terakhir sebelum pulang




Kita dah nak balik!!!


Pulang dari qiyam KPR yang tiba-tibanya bertukar menjadi kem sehari itu pada 3 Jun, aku bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang ustaz yang mengajar di Madrasah Masjid Darul Ghufran. Setelah itu, aku menghadiri majlis pertunangan rakan seperjuangan semasa di Madrasah Alsagoff yang cukup akrab. Gembira…..Amiraat dapat berkumpul pada hari itu, sayangnya Jumaesah tidak ada bersama kami..dia masih berada jauh.. dan masih berjuang menuntut ilmu dibumi Anbiya’, Mesir…

Aku mendoakan yang terbaik untuk semua…

0 Comments:

Post a Comment