27 June, 2007

Airmata ini mengalir lagi..
Lagu nyanyian hijjaz di blog anak muridku Juwita, menggegarkan jiwa ..,
Menderaskan air mata…
Aku resah..aku gelisah..
Aku rindukan al-Quran..
Aku rindukan solat malam…
Aku rindukan tangisan memohon keampunan
Aku rindukan kesibukan menuntut ilmu
Aku rindukan waktu merayu rindu dengan Tuhan…

Ya Allah…
Perjuangan ini tidak pernah sunyi dengan ribut taufan
Tetapkan hati ini..agar teguh dijalanMu
Andai aku mati di dalam perjuangan ini…
Matikanlah aku sebagai syuhada’…
*********************************************

SUNNAH BERJUANG

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia bekelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan rasul-Nya


Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah.... ORANG BERJUANG

Malamnya bagaikan ‘abid merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga..


* Perkataan ‘rahib’ ku tukar menjadi ‘Abid

22 June, 2007

heheh...terharu!



walaupun hanya sebagai advisor untuk camp ini,dapat sijil juga.hehhe ;)

Camp Xplore! pada 15-16 Jun 2007.Terlalu banyak gambar,terpaksa pilih-pilih je bila nak letak kat blog ni.Rasanya tak perlu untuk aku menceritakan satu persatu tentang Camp Xplore!Moga gambar-gambar berikut dapat menceritakan (moga-moga..hehhe)































21 June, 2007

Exam Result!!

Aku baru pulang dari Rehlah Keluarga Ghufran 2007.

Segala puji itu adalah layak bagi Allah s.w.t.

Saat menerima keputusan peperiksaan itu melalui sms, aku berada di bilik Crown Jewel hotel Pulau Pinang, menyertai dan membantu di dalam Rehlah Keluarga Ghufran 2007.
Mmmm….sukar untuk aku lafazkan..dengan apa kata sekalipun, bagai tidak terluah…
Waktu aku termenung panjang, aku katakan dalam diri,

“Apa lagi yang kau inginkan Sakinah? Bukankah Tuhan maha adil, bukankah tuhan itu sudah menyahut doamu yang inginkan yang terbaik|?! Nah,sudah ditentukan yang terbaik untukmu…bersyukurlah..maka Tuhan akan menambah.”
Aku menarik nafas dalam-dalam,cuba mengumpul kekuatan dan keyakinan diri, cuba mencari hakikat keikhlasan hati yang telah lama disemai dalam jiwa.

YA..INILAH MOTIVASI DARI TUHAN?!
BERSYUKUR..BERSYUKUR..DAN BERSYUKUR…

Ajid kata:
“Jangan dibandingkan apa yang inah dapat dengan apa yang orang lain dapat..kerana pastinya ia tidak sama. Apa yang inah lalui tidak sama dengan orang lain”

Benar…apa yang aku lalui tidak sama..dengan orang lain…walau tidak mencapai impian, aku pasrah dengan ketentuan..kerana aku tahu..segalanya amat sukat bagiku..terlalu sukar…





Alhamdulillahi rabbil a’lamin.

13 June, 2007

Syud..
hidup ini seringkali terasa pahit,
lantaran kita merasa kerdilnya kita disisi manusia-manusia hebat
tetapi sebenarnya kita lupa bahwa kita juga manusia seperti mereka
kita lupa bahawa kita mampu menjadi hebat!
kerana kita MANUSIA!
Berjuang menjadi yang terbaik adalah hak kita
selagi mana kita tidak lupa hidup dan mati kita kerana Allah
selagi itu kita adalah manusia HEBAT!
SEMANGAT ITU DATANG DALAM DIRI
yang hatinya memburu redha ilahi.
salam perjuangan untukmu
moga terus teguh berteman hati yang kukuh!

05.06.07
8.23 pagi

08 June, 2007

Malam ini...

Malam ini..aku tiba-tiba dilanda kebosanan…
Dibalut kesayuan
Ditemani kesepian

Mungkin aku terlalu letih
Kepalaku terlalu padat
Mungkin aku perlu berehat

Tapi ustaz Asmadi selalu kata:
“rehat dekat kubur…”
Ustaz Asmadi….mmmm,tiba-tiba airmata bergenang..
Mungkinkah aku sebenarnya sudah rindu…
Rindu pada ustaz…
Rindu pada cahaya keimanan di wajahnya.

Semua itu mengingatkan aku pada 4 bulan yang lalu
Telinga berdesing bila terdengar orang kata
“asyik jumpa ustaz Asmadi je..”
Hati sabar bila ada kata:
“akak kan baik dengan ustaz, apa salahnya tolong saya minta/tanyakan…”
Jiwa rasa terhina bila ada orang mengusik:
“tak baik…suka kat ustaz..akak kan isteri orang”

Ya Rabb…kata-kata apakah semua itu?
Mungkin orang tersalah faham
Mungkin orang tersilap tafsiran
Aku masih tahu siapa aku
Aku masih sedar statusku sebagai seorang isteri
Usah mengata aku sedemikian rupa
Saat suamiku menjadi penggalak agar aku sentiasa bertanya pada ustaz
Hati orang lain berbisik sebaliknya, bila melihat keakrabanku dengan ustaz
Hanya Ajid yang faham
Hanya Ajid yang tidak tersilap tafsiran
Hatiku puas saat dapat menemukan ustaz dan Ajid sebelum pulang ke Singapura
Hatiku bersyukur saat Ajid dapat berbual panjang dengan ustaz tentang diriku

Yang paling aku segan dan rasa ingin menumpahkan airmata
Ustaz TERLALU MEMUJI
Dipujinya aku di depan Ajid
Diceritakan tentang aku yang BAIK-BAIK pada ustaz Arif
Ya Rabb…saat pujian ustaz melambung tinggi
Aku terasa semakin kerdil dan ingin menyembunyikan diri
Siapalah aku?
Ingin sahaja aku katakan pada ustaz:
“saya manusia biasa, usah dipuji sedemikian rupa..
saya malu pada pencipta..kerana mungkin pada pandanganNya
saya tidak sehebat mana”

mmmm….aku terfikir pula tentang belajar
sudahkah aku nekad untuk teruskan ke peringkat Master?
Jauh di sudut hati ini teringin ke bumi Anbiya’
Tetapi,jawapannya pasti tidak mungkin
Walaupun ustaz Asmadi terlalu yakin mengatakan:
“Sakinah BOLEH masuk Ummul Qura!!!Buat master di Makkah!”
Andai sahaja aku diberi peluang yang begitu luas,
Aku tidak mahu teragak-agak untuk menyambutnya.
Tapi, pergerakanku amat terbatas!!
Aku katakan pada Ajid:
“inah nak belajar kat Makkah lepas ni.Ajid teman inah?”
Ajid jawab:
“Kalau Inah nak, Inah pergi sendiri,Ajid xle tinggalkan mak n abah ajid.Mereka dah tua…siapa nak jaga?”
Aku pergi sendiri?di tempat sejauh itu?
Tinggalkan Ajid sendiri?berpisah bertahun-tahun?
Mana mungkin!
Aku tidak mahu terlalu mementingkan diri sendiri!
Aku seorang isteri…
Selalu orang kata : isteri tempatnya disisi suami.
Tapi, aku berbeza…
Aku memilih untuk tidak selalu disisinya
Dan ajid tidak pernah menghalang untuk aku jauh darinya
Ajid senang lihat aku berjaya
Ajid suka lihat aku terus mencapai cita-cita
Malah Ajid adalah orang pertama yang membakar semangat diriku agar terus menyala!

Ramai kata, Aku bertuah!
Benarkah?(aku tersenyum)
Tuah aku, hanya Allah yang tahu

Mmmm…
Rasanya malam ini,aku menaip ikut kata hati
Mungkin kerana sepi

Hati ini sepi..sesepi malam ini
Tiada senyum penghias diri
Tiada ceria mewarnai hati
Duhai jiwa jangan terus begini
Moga tidurku dibuai mimpi dari ilahi
Moga bangkitku nanti ada sinar seindah suria pagi.
(Kata-kata ini ditulis pada malam 20 April 2007)



Tak sabar menanti Julai...
untuk pulang ke bumi UKM!



(merindui teman-teman seperjuangan-sekadar gambar hiasan)

petang tadi, pejabat masjid darul ghufran riuh sebentar apabila anak-anak kak Rehana datang secara mengejut membawa kek hari lahir dan hadiah untuknya. So sweet!Kebetulan aku membawa kamera petang tadi..jadi,apalagi...ambil gambar!!!



Khas untuk ibu tersayang



Ibu Ratu hati kami



heheh..ustaz-ustaz pun turut meraikan



hah..tu dia sakinah!!!pakai tudung hijau!heh


Tentu sekali kak Rehana terharu...
Moga anak-anak itu,terus mengenangi ibu mereka dimana sahaja dan di dalam apa jua keadaan.Allahumma Amin

Aku MENANGIS!

Ucapannya bagai halilintar membelah bumi
Kata-katanya bagai sembilu yang menusuk hati
Keputusannya membuat lidah kelu tiada bahasa
Melainkan airmata yang tumpah seolah-olah ia yang menggantikan butir bicara!!!

Aku bagai menerima berita kematian!!!
Terasa setiap harapanku musnah
Setiap kekagumanku hancur punah
Aku kecewa
Aku tidak lihat semangatnya yang dulu
Kepetahannya berbicara tentang dakwah
Kekuatan jiwanya untuk terus berjuang menempuh segala mehnah
Aku tidak rasa semua itu saat melihat wajahnya!!

Hingga kini
Hingga saat ini
Airmataku ingin mengalir….
Mungkinkah aku silap perhitungan?
Ya Rabb….dugaan apakah ini?
Teguhkan sekeping hati ini
Tetapkan ia untuk terus berada disini!!!

05 June, 2007

2-3 JUN 2007

Pada 2 Jun yang lalu aku telah menghadiri majlis khatam dua orang anak muridku Nadiah dan Nadrah (mereka adalah adik-beradik). Sayang sekali majlis itu hanya dihadiri oleh 3 orang rakan mereka dan selebihnya adalah beberapa orang ahli keluarga mereka. Kebanyakan rakan-rakan mereka yang lain terpaksa hadir pada waktu petang kerana pagi itu mereka perlu menghadiri program di sekolah mereka. Majlis itu juga merupakan majlis kesyukuran yang dibuat khusus untuk Nadiah yang bakal melanjutkan pembelajarnnya di KIPSAS. Moga Nadiah berjaya di dalam pengajiannya dan berjaya juga mendidik dirinya utnuk menjadi hamba Allah yang meletakkan TAQWA melebihi segalanya. Allahumma Amin.


Nadiah N Nadrah


Setelah menghadiri majlis itu, aku dan suami singgah di Tanjong Katong Kompleks. Setelah penat berjalan akhirnya kami pulang dengan tangan kosong, kerana apa yang dihajati tidak ditemui.

Petang itu, aku sempat pulang ke rumah, menyalin pakaian untuk menyertai program KPR (Kelas Peningkatan Remaja Masjid Darul Ghufran) yang akan diadakan di Masjid al-Firdaus. Walaupun sebenarnya,aku berasa agak kurang sihat pada petang itu, tetapi aku gagahi jua diri ini untuk meneruskan niat program Qiyam untuk para peserta KPR itu.

Sampai di Masjid Darul Ghufran, aku agak terkejut bila dikhabarkan oleh ustaz Ahmad bahawa program Qiyam nanti ada night walking. Eh!ni nak buat camp ke..Qiyam? Aku kata dalam hati. Tapi..apa-apapun…semuanya tidak menjadi masalah besar bagiku. Siapa kata dengan jubah aku tak boleh nak berjalan jauh…jubah bukan penghalang!!heheh..

Apapun…ia merupakan pengalaman yang berharga. Saat yang menyentuh perasaan, apabila aku mendengar esakan demi esakan daripada mereka di dalam program ‘Wasiat’ yang dikendalikan oleh Ustaz Jamaluddin. Sungguh Mereka berhati lembut,Ya Rabb. Perasaanku menjadi bertambah runtun, apabila aku menghulurkan tisu kepada mereka di dalam suasana yang hanya berlampukan 3 batang lilin. Aku turut sama mengalirkan air mata. Jelas dihati mereka punya rasa bahawa mereka adalah anak-anak Islam, yang perlu tunduk dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Setelah program yang penuh airmata itu, mereka dibawa berjalan dari masjid al-Firdaus ke perkuburan Islam pusaraman. Perjalanan yang jauh itu amat memenatkan. Suasana bertukar menjadi gerun..kegelapan malam menyaksikan kami berada di perkuburan…

Ada diantara fatayat yang tak mampu untuk masuk lebih jauh ke dalam kawasan perkuburan yang dihiasi kegelapan itu, telah dibawa untuk dekat bersamaku…genggaman tangan mereka yang ketakutan menggengam erat tanganku terasa hingga ke hati ini. Mereka ketakutan,takut sangat-sangat…dua diantaranya berkata kepadaku “I can’t, ustazah”. Tiba-tiba aku berasa bimbang….aku bimbang jika lebih lama mereka berada disitu, berlaku perkara buruk yang aku tidak ingini, kemungkinan mereka boleh pengsan, atau kemungkinan mereka boleh diserang hysteria..dan pelbagai lagi kemungkinan.Tapi alhamdulillah…bila ust Ahmad kata, “Budak perempuan dah boleh balik!”, aku menghembuskan nafas lega!. Kerana itulah yang sebaiknya. Sebenarnya itulah pertama kali dalam seumur hidupku aku menjejakkan kaki di perkuburan pada waktu malam…eh..bukan malam tapi pagi, seingat aku jam 2 pagi!!! Masya Allah…nasib baik aku, okey!! kalau tak..silap-silap aku yang nangis dulu agaknya..hehehhe

Yang penting, pada hari itu, aku semakin menjalin ukhwah dengan fityan dan fatayat Darul Ghufran, mengenali mereka dengan lebih dekat, dan menyertai kehidupan mereka dengan penuh kemesraan..mereka ada keistimewaan dan kekurangan…seperti juga diri ini, ada keistimewaan dan kekurangan..sungguh manusia itu tiada siapa yang sempurna. Rabbi Yassir walaa tua’ssir….



Fityan





wajah-wajah fatayat...





Ust Irwan Shah sedang membuka tirai untuk para pelajar KPR membuat presentasi mengenai bagaimana teknologi memperkenalkan Islam.



Sebelum berangkat ke perkuburan Pusaraman



Ustaz Ahmad memeriksa senarai nama peserta



pulang dari kubur..penat!penat!




Ust Jamaluddin




Pagi yang mengantukkan!!!kita semua sedang tunggu budak lelaki bangun tidur!!




Program terakhir sebelum pulang




Kita dah nak balik!!!


Pulang dari qiyam KPR yang tiba-tibanya bertukar menjadi kem sehari itu pada 3 Jun, aku bersiap-siap untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang ustaz yang mengajar di Madrasah Masjid Darul Ghufran. Setelah itu, aku menghadiri majlis pertunangan rakan seperjuangan semasa di Madrasah Alsagoff yang cukup akrab. Gembira…..Amiraat dapat berkumpul pada hari itu, sayangnya Jumaesah tidak ada bersama kami..dia masih berada jauh.. dan masih berjuang menuntut ilmu dibumi Anbiya’, Mesir…

Aku mendoakan yang terbaik untuk semua…

01 June, 2007

ALL PINK!!

Alhamdulillah pada 29 mei 07 yang lalu, telah berlangsung program kemuncak Bicara Hawa anjuran PPIS-Jurong dan Masjid Darul Ghufran iaitu acara Deklamasi Hawa. Sebagai orang yang diamanahkan utk mengendalikan program kemuncak ini (dibantu oleh ust Irwan), aku sudah mampu utk menarik nafas lega. Walaupun, ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan hatiku, tapi sebagai manusia kita perlu mempunyai hati yang terbuka. Setiap perkara yang dirancang pasti ada kelemahannya, lagipun bekerja dengan makcik-makcik yang tidak berapa berpengalaman, mengapa pula perlu ada kekesalan?(mana mungkin aku mengharapkan mereka seperti adik-adikku di UKM..hehhe) Aku perlu terima dengan seadanya, mereka ada kelemahan, begitu juga dengan diri ini. Namun disebalik kelemahan mereka dan aku, ada KEKUATAN dimana terjalinnya ukhwah, saling hormat-menghormati dan kasih-mengasihi. yang menyenangkan aku, unit muslimah Darul Ghufran dapat menerima kehadiranku disisi mereka untuk membantu mereka dalam menjayakan program Kemuncak ini. Seronok sebab warna pink menjadi warna tema Deklmasi Hawa. Semua PINK. CANTIK and SWEET!!

Akhir sekali,Bersyukur kepada Allah adalah yang terbaik. Melalui program ini, aku telah belajar satu perkataan baru:

HAWA (Hala dan Aspirasi Wanita Anugerah)



Senaman dipimpin Fatayaat Darul Ghufran




hehhe...aku tak buat senaman..jaga laptop




PINK..PINK!





Unit Muslimah Darul Ghufran menyampaikan nasyid.




Ketibaan tetamu terhormat hj Abdul Matin dan para ustaz jabatan dakwah dan pembangunan masyarakat





Ustaz-Ustaz Masjid Darul Ghufran (Pegawai Dakwah),aku sedang berpraktikal didalam jabatan mereka!!





Unit Muslimah Darul Ghufran bergambar kenangan bersama presiden PPIS, Hjh Fatimah Azimullah.Sayang sekali gambarku dengan mereka tidak jelas

gambar-gambar ihsan drpd: Jun :)Jazakillah Khair