21 September, 2016


Assalamualaikum wr. wb.
Ikhwah & Akhawat
Jabatan Pembangunan Kajian Pergas mengundang anda ke sesi pembentangan tesis oleh Ustazah Dr Sakinah Saptu,pemegang ijazah doktor falsafah (Hadis) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau bakal membincangkan mengenai tajuk 'Mekanisme Sanad dalam Pengajian Islam pada Masa Kini'. Hasil dari perbincangan ini diharapkan dapat memberikan kefahaman yang betul tentang aplikasi sanad dalam pengajian Islam, di samping membantu mengharmonikan antara kumpulan yang pro dan kontra terhadap pengajian bersanad.
Untuk pendaftaran, sila ke link berikut: http://www.pergas.org.sg/blog/sesi-tesis/

Tempat terhad!
Untuk sebarang keterangan lanjut sila emelkan kepada nurhafizah@pergas.org.sg atau hubungi talian 6346 9015.

16 August, 2016

Antara tips untuk pelajar kekal bermotivasi ialah melakukan dokumentasi sepanjang pembelajarannya. Ketika saya mengikuti pengajian di peringkat pra-siswazah dan sarjana, saya banyak berkongsi kisah suka duka saya di kampus menerusi blogspot. Namun, ketika saya beralih pengajian ke peringkat doktor falsafah, facebook mengambil alih populariti blog sehingga saya lebih selesa berkongsi kisah kampus di situ.
Tetapi, komuniti facebook saya begitu luas sehingga saya merasakan perjalanan PhD saya perlu sedikit ruang peribadi. Justeru, saya mengambil keputusan berkongsi gambar-gambar beserta keterangan ringkas menerusi tumblr. Masalah lain pula timbul kerana saya tidak dapat mengurus akaun yang banyak dalam satu masa. Saya pun mengambil langkah mencipta hashtag ‪#‎ussphd‬ di instagram di mana semua gambar dengan hashtag tersebut akan langsung dimuatnaikkan di tumblr saya bertajuk ussphdjourney.
Saya menggalakkan semua pelajar untuk melakukan dokumentasi seperti ini. Inilah masanya anda menggunakan 'telefon bijak' anda dengan bijak. Benar, kadang-kadang kelihatannya seperti tidak serius lantaran setiap hari merekodkan aktiviti belajar di media sosial. Tetapi, percayalah anda akan melihat manfaatnya di kemudian hari.
Jika untuk diri saya, saya dapat memantau kemajuan diri dan corak pemikiran saya menerusi perkongsian di laman sosial. Ia juga menjadi ruang motivasi diri yang tidak dapat diperoleh dari orang lain.
Oleh itu, mulakanlah hari ini.

Wasat Online pada edisi No.10 telah memuatkan artikel saya bertajuk: Wasatiyyah dalam pengajian Islam Bersanad.

Jemput baca di pautan ini bagi mereka yang berminat.

Semoga bermanfaat.

16 November, 2015

Artikel bertajuk 'Hadith Scholars and Tariqahs: An Ulama Group in 18th Century Haramayn and their Impact in the Islamic World ' ini telah diterbitkan pada tahun 1980 dalam Journal of Asian and African Studies. Ia telah membuatkan saya terfikir bahawa sarjana Barat rupanya sudah biasa dengan istilah Wahabi sejak sebelum saya dilahirkan lagi. Pasti, perbincangan tentang Wahabi sudah bermula lebih awal dari itu. Jika perbahasan tentang Wahabi sudah diakademikkan pada tahun 1980 atau mungkin lebih awal dari itu, tentu ketika kita sudah berada di tahun 2015 ini, terlalu banyak kajian ilmiah tentang isu Wahabi telah dilakukan oleh para sarjana.


Namun persoalannya, mengapa masih lagi tiada jalan keluar bagi memurnikan persepsi masyarakat tentang Wahabi? Sehingga hari ini, kita masih bercakaran dan saling menuding jari 'engkau salah, aku betul'. #ussread #akubukanWahabi